Thursday, April 16, 2020

Adakah Kerajaan baharu in satu Kerajaan Pintu Belakang atau Kerajaan Pembelot? Dan adakah sah gabungan kerajaan PN dengan GPS?

  Malaysian Mirror       Thursday, April 16, 2020

Tidak dapat dinafikan bahawa Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Hadi Awang, Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof telah memasang perangkap yang sempurna dalam pembentukan Kerajaan PN + GPS. Mereka telah mempermainkan  Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mat Sabu yang mudah tertipu itu serta kononnya turut memerangkap Tun Mahathir Mohamad tetapi juga telah meyakinkan Yang di-Pertuan Agong dengan tipudaya mereka.

Maka, tiada seorang pun boleh memanggil mereka ini Kerajaan Pintu Belakang kerana hanya ada satu pintu masuk iaitu dengan meyakinkan Raja menggunakan jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang ada di dalam tangan mereka.

Namun begitu, Kerajaan ini adalah sebuah Kerajaan Pembelot – belot terhadap kepercayaan, harapan dan masa hadapan pengundi yang mahukan sebuah negara bebas rasuah. Perancang utamanya, tidak lain tidak bukan, Dato’ Seri Azmin Ali, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa ahli Parlimen yang telah menukar pendirian mereka kerana kepentingan peribadi yang berlandaskan rasa tamak haloba.

logoblog

Thanks for reading Adakah Kerajaan baharu in satu Kerajaan Pintu Belakang atau Kerajaan Pembelot? Dan adakah sah gabungan kerajaan PN dengan GPS?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment