Saturday, April 18, 2020

Adakah mereka yang tamak kuasa itu menghapuskan hak rakyat dan mencabul negara?

  Malaysian Mirror       Saturday, April 18, 2020

Hakikatnya, tiada yang dapat sembunyikan matahari dan bulan. Bukalah mata anda untuk melihat kebenaran. Sedarlah bahawa sedang anda melindungi hak anda, anda terjerut perlahan-lahan sehinggakan nafas demokrasi anda hilang dari tubuh anda! Sedarlah bahawa dengan mengkhianati Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tun Mahathir menyeksa seluruh rakyat! Sedarlah akan kebenaran dan bangkit!

Meskipun beliau telah merampas kepimpinan Pakatan Harapan semasa PRU-14 daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengapa tidak beliau serahkan jawatan perdana menteri tersebut kepada Anwar jika beliau menghormati demokrasi? Jawapan kepada persoalan ini adalah beliau tidak akan berbuat demikian kerana beliau tahu bahawa para pengundi mudah ditipu kerana anda semua masih meletakkan kepercayaan ke atas beliau sebagai penyelamat utama. Ingat sabda Rasullullah S.A.W., “Tidak akan beriman seseorangpun di kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Adakah mereka yang tamak kuasa itu menghapuskan hak rakyat dan mencabul negara?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment