Bagaimanalah rakyat boleh percaya kepada seorang pemimpin yang penipu? Menurut beberapa laporan, Azmin telah menyenaraikan aset beliau melibatkan sebuah rumah bernilai RM1.7 juta dan gaji beliau sebanyak RM69,000 sebulan atas arahan pengisytiharan harta. Soalnya, bgaimanakah beliau mampu untuk berbelanja sebanyak RM329,000 untuk pergi bercuti sekiranya beliau hanya memiliki gaji dan aset sebanyak itu? Satu saman tuntutan ke atas jumlah tersebut telah difailkan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd pada 2 November, 2019 melalui Tetuan Fong Yap & Gan.
Senarai percutian yang telah Azmin buat dikatakan berlaku antara 10 September, 2018 dan 5 Ogos, 2019. Menurut YHA, senarai tersebut melibatkan percutian Azmin sekeluarga ke Marrakech, London, Jakarta, Gold Coast, Dubai, Geneva, Singapura, Bangkok, Barcelona dan Santorini. Syarikat agensi pelancongan tersebut juga mendedahkan senarai perjalanan Azmin ke Hanoi dan Kota Kinabalu antara 14 dan 16 September, 2018, dan ke Sandakan pada 10 dan 11 Mei, 2019 semasa pilihanraya kecil Sandakan. Anda tidak seharusnya membenarkan individu seperti ini memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan dan terus menipu anda. Bangkitlah...usir mereka ini!
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
No comments:
Post a Comment