Home »
Mahathir Mohammad
» Patutkah rakyat Malaysia terus percaya kepada Tun Mahathir Mohamad?
Patutkah rakyat Malaysia terus percaya kepada Tun Mahathir Mohamad?
Malaysian Mirror Wednesday, April 15, 2020
Naifnya Khalid Samad. Kenapalah dia tidak nampak siapa Tun Mahathir yang sebenar? Peletakan jawatan Tun Mahathir yang bersifat pentingkan diri sendiri itu dan kononnya bertujuan untuk berkuasa penuh ke atas Kabinet beliau tanpa DAP sebenarnya telah memakan diri. Tidakkah Khalid faham bahawa usaha bahaya Tun Mahathir itu bersesuaian dengan adanya ahli-ahli politik yang tidak berpengalaman dan tidak berkemampuan (malah ada yang tidak pernah dikenali langsung) dalam merangka satu kerajaan pembelot yang lemah?
Tidakkah ini telah sengaja didedahkan oleh Dato’ Seri Hadi Awang, Duta Khas ke Timur Tengah yang baru sahaja dilantik? (macamlah kita perlukan dia – bilamana wang pembayar cukai dibazirkan untuk kedutaan timur tengah)
Pertaruhan Tun Mahathir secara terang-terangan ke atas masa hadapan rakyat Malaysia adalah satu perbuatan beliau yang licik dan egoistik yang secara diam dipergunakan untuk si kleptokrat Najib Razak dan keluarga beliau untuk bebas dari kesemua prosiding jenayah mereka – hanya masa akan menjadi saksi rancangan utama ini.
Thanks for reading Patutkah rakyat Malaysia terus percaya kepada Tun Mahathir Mohamad?
hantar duta ke timur tengah dikira membazir?
ReplyDeleteyang tak membazir macam mana pula? putuskan hubungan diplomatik?