Secara mudah, Tun Mahathir telah memperguna kata-kata terkenal “Empat perkara yang menyokong dunia: ilmu orang yang bijaksana, keadilan orang yang hebat, doa orang yang baik, dan kegagahan orang yang berani” sebagai kunci pemerintahan licik beliau. Beliau telah membawa kembali kempimpinan ala diktator beliau yang secara halus memusnahkan hak-hak anda dengan kononnya memaparkan impian beliau untuk melindungi demokrasi dan hak anda, menjanjikan bulan dan bintang, dan menjadikan dirinya penyelamat utama anda!
Selain apa yang sudah tertulis, Tun Mahathir dengan nyata tidak menghormati negara-negara lain dan para pemimpinnya dan beliau bukannya peduli akan kesusahan rakyat mahupun ekonomi negara. Beliau telahpun mengecewakan rakyat dengan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 28hb Februari 2020 ketika arus kedua wabak Covid-19 sedang menunggu untuk melanda! Jelaslah bahawa beliau tidak menghormati dan menghargai rakyat. Bukalah mata anda...mahukah anda jadi macai tak bernyawa bagi Mahathir atau jadi suara yang mahu didengar? Keputusan ditangan anda! Fikir sewarasnya. Fikir betul-betul
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.


No comments:
Post a Comment