Wednesday, May 6, 2020

Adakah Warisan mengabaikan nasib rakyat Sabah?

  Malaysian Mirror       Wednesday, May 6, 2020


Bayangkanlah nasib rakyat Sabah yang menyokong Pakatan Harapan (PH) supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimasukkan ke dalam Perlembagaan agar hak Sabah dikembalikan semula seperti yang pernah dijanjikan. Tidakkah Warisan mengabaikan nasib mereka dengan masih berdiri di belakang Tun Mahathir dan tidak menyokong PH?

Seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir baru-baru ini, beliau kini telah berhenti berpolitik setelah dilambakkan dengan mandat dan kepercayaan rakyat dengan meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri. Memandangkan niat Tun Mahathir sangat jelas dan beliau bukan lagi ketua PH, Warisan sepatutnya bersekongkol dengan PH di negeri dan di pusat untuk membantah sekerasnya pengkhianatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Tindakan Warisan berada atas pagar amatlah mengecewakan.

Kalau sebelum ini Datuk Seri Shafie Apdal menyokong PH pusat, apa yang sebenarnya beliau mahu adalah untuk menjaga kepentingan sendiri. Soalnya, dalam suasana yang mencabar akibat wabak Covid-19 dan peralihan kuasa yang mendadak dan kelam-kabut sekarang ini, adakah Muhyiddin Yassin benar-benar punya masa untuk menangani kemelut MA63? Walaupun ahli Warisan belum ditawarkan jawatan, melalui hubungan erat Shafie Apdal dengan Muhyiddin Yassin maka tidak mustahillah sekiranya ahli Parlimen Warisan diberi jawatan GLC untuk menyokong PN dan UMNO. Biarlah rakyat Sabah tunggu dan lihat nasib mereka.


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Adakah Warisan mengabaikan nasib rakyat Sabah?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment