Saturday, May 16, 2020

Lebih banyak rancangan keji Mahathir terbongkar

  Malaysian Mirror       Saturday, May 16, 2020
#malaysia #malaysiakini# #movement #democracy #follow #malaysian #cnnindonesia #politics


Perancangan keji Tun Mahathir memanipulasi rakyat Malaysia dan masa hadapan negara masih tidak berkesudahan. Sungguhpun di satu masa dahulu beliau disanjung tinggi sebagai pemimpin yang berani menongkah arus di dalam membuat polisi  yang memanfaatkan negara, namun ramai yang tidak mengetahui yang beliaulah dalang yang memecah-belahkan rakyat dengan menyebarkan perasaan takut dan benci di hati mereka.

Tun Mahathir terkenal kerana mencetuskan kacau bilau, persengketaan dan perselisihan di antara sahabat baik, keluarga, parti politik dan masyarakat yang berbilang kaum menggunakan ‘tangan’-tangan’ ghaibnya. Semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, beliau sentiasa mempunyai agenda sendiri untuk menjebak ramai ahli politik terkemuka seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Azmin Ali, Tun Abdullah Ahmad Badawi, arwah Tun Ghafar Baba dan Perdana Menteri sekarang iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak lain tidak bukan, agenda beliau hanyalah untuk sentiasa memegang tampuk kuasa dan pengaruh semata-mata untuk keluarga dan kroni-kroni beliau sahaja, dan bukan untuk rakyat.

Tun Mahathir telah berjaya mencetuskan persengketaan di antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali pada bulan Ramadhan tahun lalu dengan tersebarnya video seks yang kononnya  melibatkan Azmin Ali dan Muhammad Haziq Abdul Aziz.  Ramai yang menjangka ianya dibuat dan disebarkan oleh musuh-musuh Azmin Ali dan Anwar Ibrahim. Dengan itu, keretakan kian membesar akibat beberapa tindakan balas terhadap presiden PKR itu oleh Azmin Ali dan penyokong-penyokongnya yang membawa kepada perpecahan di antara mereka berdua dan seterusnya mencetus usaha rampasan kuasa “Langkah Sheraton” pada awal tahun ini.  Ramai menganggap bahawa itu semua hanyalah pergolakan dalaman parti, tetapi sebenarnya ia adalah hasil kerja pihak luar iaitu Tun Mahathir. Kini juga jelas yang beliau telah memecah-belahkan Bersatu dengan menentang Muhyiddin Yassin, serta dalam masa yang sama cuba mengenepikan PKR dan Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) dengan menjulang DAP untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri ke-9. Tun Mahathir tidak akan berasa selesa bersama Anwar Ibrahim kerana mantan timbalan perdana menterinya itu mengetahui segala agenda jahatnya selama ini. Muhyiddin Yassin juga menjadi seteru beliau apabila beliau telah diaibkan dengan penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah dan keputusan Muhyiddin Yassin untuk membawa Bersatu keluar dari PH telah memakan dirinya sendiri. Lebih buruk lagi, Tun Mahathir masih cuba menanam api perpecahan  di kalangan kaum-kaum di negara ini dengan membangkitkan kebencian antara orang Melayu dan Cina menggunakan politik. Ini hanyalah sebahagian dari perbuatan beliau yang keji. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa peristiwa yang sama akan berulang sekiranya Tun Mahathir masih diberi kuasa. Rancangan beliau mesti digagalkan.




An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Lebih banyak rancangan keji Mahathir terbongkar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment