Thursday, May 7, 2020

Mukhriz memberi tanda Perikatan Nasional akan tumbang sebelum persidangan Parliment

  Malaysian Mirror       Thursday, May 7, 2020
democracy, politics, democracynow, democracy2020, democracygovt, democracygovernment, democracymeaning, politicsnow, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysiakini, Malaysia,facebook, instagram, like, follow


Sejak kerajaan Perikanan Nasional (PN) mengambilalih pemerintahan negara, Parti Bersatu berbelah fahaman. Pihak yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di bawah payung PN, manakala pihak satu lagi masih berada di sisi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Ada juga desas-desus tentang satu lagi pihak yang mahu bebas dari pengaruh Muhyiddin Yassin untuk membentuk blok baharu dan bercantum semula dengan UMNO. Retak yang ada ini kelihatan semakin menanti belah apabila Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan Bersatu kembali semula kepada Pakatan Harapan (PH).

Mengapa tiba-tiba Muhkriz mengaku bahawa PH sahaja yang boleh menyelamatkan Bersatu sedangkan sebelum ini, parti itu hilang kepercayaan kepada PH? Adalah jelas bahawa Mukhriz ingin cuba tuntut balik Kuala setelah ayahnya hilang kepercayaan PH dan angka Muhyiddin Yassin berkurangan setiap hari.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dari UMNO inginkan pilihanraya cepat dengan mempelawa Muhyiddin Yassin berganding bahu dengan UMNO. Cadangan ahli majlis tertinggi UMNO ini berbunyi sinis kerana UMNO  hanya pentingkan keluasan pengaruh dan kedudukan dalam kerajaan berbanding dengan Bersatu. Pengakuan Mukhriz dan cadangan Tajuddin meninggalkan kita meneka angka sebenar yang bread didalam tangan Muhyiddin Yassin dan memberi kesan jelas bahawa kerajaan PN yang rapuh ini akan tumbang bila-bila masa lagi.



An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mukhriz memberi tanda Perikatan Nasional akan tumbang sebelum persidangan Parliment

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment