Tuesday, June 23, 2020

Lebih banyak kes saman berkaitan 1MDB dimansuhkan, satu lagi tanda tunduknya Muhyiddin kepada Najib

  Malaysian Mirror       Tuesday, June 23, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Dengan berita terkini tentang pembebasan Tan Sri Musa Aman dari 46 kiraan pertuduhan pada 9 Jun 2020, diikuti pula dengan pemansuhan dua saman berkaitan 1MDB terhadap Barisan Nasional Johor Bahru dan Jakel Trading, rakyat Malaysia terus menanti adakah keputusan yang sama bakal diterima oleh pertuduhan-pertuduhan yang lain tidak lama lagi. Dengan ini, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin membayangkan bahawa pembebasan Musa Aman adalah satu petanda bakal berlakunya perubahan dalam pentadbiran negeri Sabah. Bagi rakyat Malaysia, ini turut juga menandakan ‘pembebasan’ Bung Mokhtar tidak lama lagi.

Apakah yang cuba dimaksudkan dengan makluman terkini ini? Adakah ia satu petanda yang nyata akan kemunculan kembali Barisan Nasional (BN) dan kleptokrat UMNO? Pembebasan pemimpin-pemimpin yang korup ini akan menyebabkan Malaysia terpaksa menghadapi lebih banyak rompakan ke atas kekayaan negara oleh kerajaan yang berkuasa, terutama untuk ‘memberi makan’ pemimpin-pemimpin mereka yang tamak. Ini juga merupakan satu petanda yang jelas bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menghidupkan mereka semula dan menidakkan mandat yang telah diberi rakyat pada 2018 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah.

Letih. Terkejut. Inilah antara perkataan yang dapat meluahkan apa yang dirasa oleh rakyat Malaysia yang prihatin setelah mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi itu. Ramai juga yang menyatakan rasa kecewa dan bimbang dengan keputusan tersebut. Ramai juga yang membayangkan bahawa mereka bakal ‘dihantui’ golongan kleptokrat masa lampau. Apa lagi, Muhyiddin Yassin? Adakah ini yang kamu anggap sebagai pencapaian 100 hari kamu?    

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Lebih banyak kes saman berkaitan 1MDB dimansuhkan, satu lagi tanda tunduknya Muhyiddin kepada Najib

No comments:

Post a Comment