Wednesday, June 24, 2020

Muhyiddin seorang “Perdana Menteri kurang sangat berpolitik”? Gurauan apakah ini?

  Malaysian Mirror       Wednesday, June 24, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Bagaimanakah seorang pemimpin politik yang mendapat kuasa melalui rampasan, membeli ahli Parlimen demi mendapatkan sokongan, dan menghujani rakyat dengan berbillion ringgit dalam masa 100 hari boleh dianggap “paling kurang berpolitik”? Gurauan jenis apakah ini? Mana-mana pemimpin dalam dunia yang bercita-cita tinggi pastinya akan berpolitik sehabis baik untuk mendapatkan jawatan tertinggi. Nampaknya Perdana Menteri ke-8 Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mudah sahaja mendapat pelbagai pujian dengan hanya ‘berdiam diri’ dari menjawab apapun soalan media. Adakah ini satu cara baharu untuk menutup rasa bersalah beliau sejak Langkah Sheraton digerakkan pada Februari lalu?

Segala pujian dan bahan penulisan positif tentang Muhyiddin Yassin tidak akan boleh menafikan hakikat yang beliau punya pihak lain yang menjalankan aktiviti politik kotor untuk beliau. Sedangkan dalam Bersatu sendiri, sebarang pemecatan atau pemakluman berita buruk disampaikan oleh orang lain, dan bukan beliau. Beliau mesti pastikan bahawa tandatangan beliau tidak wujud dalam mana-mana dokumen yang direkodkan. Apa yang beliau perlu lakukan sejak hari pertama menjadi perdana menteri adalah dengan muncul sekali-sekali di kaca televisyen untuk mengumumkan maklumat terkini tentang PKP dan sebarang rancangan kewangan untuk negara, tidak membenarkan sebarang sesi soal-jawab dengan wartawan, dan mendiamkan diri dari sebarang pertuduhan – semuanya atas nama “Covid-19” dan “kuarantin”. Mengumumkan sebarang peruntukan wang ringgit mestilah menjadi tugas utama beliau buat masa ini agar buku laporan beliau kekal ‘bersih’. Para strategis beliau pastinya menasihati beliau dengan baik untuk melakukan semua ini. Walaubagaimanapun, peribadi ‘kurang-bersuara’ beliau ini tidak boleh menjadi penyebab mengapa beliau boleh dilabel sebagai “paling kurang berpolitik”. Hanya manusia yang bodoh sahaja akan berkata begitu.

Rakyat Malaysia pastinya menanti apakah reaksi Muhyiddin Yassin terhadap saman yang dibuat oleh Tun Mahathir dan enam pengikutnya melalui peguam-peguam mereka. Jika benar beliau kurang berpolitik, mengapa Bersatu memecat bekas pengerusinya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai pemangku pengerusi? Jika benar beliau kurang berpolitik, mengapa SPRM menyoalsiasat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ibu ayahnya atas kehilangan wang mereka di kediaman mereka sendiri dan beberapa ahli Armada atas sejumlah wang lain? Jika benar beliau tidak banyak berpolitik, mengapa berlakunya satu gerakan untuk memusnahkan kem Tun Mahathir daripada Bersatu? Dan jika betul beliau “paling kurang berpolitik”, beliau seharusnya membiarkan kem-kem dalam Bersatu berbaik semula.

Seorang anak kecil pun tahu bahawa tiada siapapun mahu bertanggungjawab apabila melakukan kerja kotor. 


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Muhyiddin seorang “Perdana Menteri kurang sangat berpolitik”? Gurauan apakah ini?

No comments:

Post a Comment