Kecoh baru-baru ini tentang spekulasi bakal tertubuhnya satu parti baharu bernama “Parti Keadilan Negara” oleh bekas ahli PKR yang kini bersama Bersatu, Dato’ Seri Azmin Ali, yang dianggap klise kerana beliaulah yang mengkhianati dan memecahbelahkan parti keadilan – PKR – yang telah membentuk beliau menjadi seorang ahli politik. Insan tidak bersyukur ini, yang mana hanya mahu bebas dari imej bekas pemimpin dan majikan beliau iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ingat bahawa beliau boleh lebih menyerlah apabila berada dalam golongan pemimpin seperti Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin setiap kali adanya peluang. Satu demi satu pengkhianatan dilakukan beliau, yang mana kini meletakkan beliau dalam situasi yang sangat beruntung sama ada beliau bersama Muhyiddin Yassin dan Bersatu atau menjadi ketua satu parti beliau yang baharu.
Sekilas pandang, bagaimanakah agaknya ‘rupa’ Parti Keadilan Negara ini? Adakah ia picisan sebahagian agenda pembaharuan PKR yang dibantu NGO? Adakah ia sebuah parti buat orang Melayu yang lebih mampu dari segi kewangan? Atau adakah ia sebuah parti yang bakal menerima salah satu pecahan kem UMNO yang tidak sehaluan dengan Dato’ Seri Najib Razak atau Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi? Atau adakah ia sebuah parti yang hanya berkenaan Azmin Ali, si pengkhianat kitol? Penyokong tegar dan ‘kakak angkat’ beliau, Zuraida Kamaruddin, mendakwa bahawa parti tersebut hanyalah sebuah NGO kerana sebahagian besar ahlinya datang dari beberapa badan NGO. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia bersedia untuk menerima sebuah lagi parti mengarut yang ditubuhkan atas sifat tamak pengasasnya dan yang tidak bermatlamat untuk berkhidmat untuk rakyat? Adakah Azmin Ali fikir yang rakyat akan menerima beliau dengan tangan terbuka seperti dahulu setelah terjadinya Langkah Sheraton 2020 yang lalu? Dan yang paling utama, adakah beliau masih fikir bahawa beliau layak menggunakan perkataan “keadilan” untuk parti baharu beliau setelah beliau menggelapkan jutaan dana dari PKR sehingga beliau kaya-raya ketika ini? Sungguh memalukan!
By Adillah Jaffar
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment