Dalam sebuah temuramah media, Tun Mahathir bertegas bahawa untuk menjatuhkan kerajaan sekarang, beliau, bersama-sama blok beliau, tidak akan bekerjasama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya kerana ketua pembangkang itu “tidak mahukan beliau” memimpin negara dalam tempoh enam bulan yang beliau tawarkan. Tun Mahathir berkata selain menamakan diri beliau sendiri sebagai calon perdana menteri, Lim Guan Eng telah mencadangkan agar beliau menamakan orang lain, iaitu Dato’ Seri Shafie Apdal, sebagai ganti. Setelah akur, Tun Mahathir berkata beliau kecewa kerana Lim tiba-tiba menukar keputusan untuk memilih semula Anwar Ibrahim pada mesyuarat presiden Pakatan Harapan (PH) lalu yang mana beliau tidak dijemput hadir. Menurut Tun Mahathir, meskipun beliau tidak ambil hati jika tidak dipilih, beliau bimbang akan ketidakpenerimaan terhadap Anwar Ibrahim oleh mereka-mereka yang mahu turut bersama beliau, di samping membangkitkan isu kepentingan Sabah dan Sarawak demi memperjelaskan mengapa beliau memilih Shafie Apdal.
Dengan memberi tanggapan seolah-seolah tangan beliau sudah terikat, Tun Mahathir terus-menerus berkata bahawa beliau tidak punya pilihan lain selain menurut nasihat Lim untuk menamakan Shafie Apdal, namun beliau berasa seperti dikhianati apabila Lim akhirnya berpihak pula kepada Anwar Ibrahim. Hal yang sama berlaku ketika sidang Parlimen pada 21 Julai 2020, di mana Tun Mahathir menganggap diri beliau sebagai mangsa keadaan dan mendakwa bahawa beliau dikhianati Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemnya dalam Bersatu dan pengkhianatan “kerajaan pintu belakang” yang berlaku pada 23 Februari 2020 di Hotel Sheraton. Beliau memberitahu bahawa disebabkan pembelotan tersebut, beliau tidak punya pilihan selain meletak jawatan dan kesemua ahli eksekutif PH turut kehilangan jawatan mereka. Yang menariknya, kenyataan beliau tentang bagaimana kerajaan PN menyalahguna kuasa untuk menindas sesiapa sahaja yang menentang PN terutamanya ahli “Bersatu Blackout” dan ahli pembangkang yang lain berbunyi ironis. Sudahkah beliau lupa akan apa yang beliau pernah lakukan terhadap Anwar Ibrahim dan para reformis berdekad lalu? Bukankah beliau telah melakukan perkara yang sama semasa menjadi Perdana Menteri ke-4, yang mana jejak langkah beliau itu turut diikuti Perdana Menteri ke-6 dan kini oleh Perdana Menteri ke-8? Berlagak seperti mangsa keadaan dalam pada beliau sendiri merupakan seorang pemimpin bersifat diktator dan penindas di masa lampau tidak akan membuatkan beliau lebih baik daripada Muhyiddin Yassin.
By Adillah Jaafar
So what 8t is not end of the world karma k
ReplyDeleteepala bapak apa? He is still an mp and operate as bebas and dall dap members cannot be trusted either so what fu'g karma u rd talkkng?! Its ok he want to be opposition or pm , is his wish and ph will lose on ge15! Aljbrr will never be next pm ! Bcos he is not qualified and not capable ans cannot be trusted! And Tun oposition block can switch camp to pn anytime so what!!