Tuesday, July 21, 2020

Mengapa Mahathir berbohong tentang rancangan beliau untuk bersama UMNO dan PAS?

  Malaysian Mirror       Tuesday, July 21, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Sememangnya Tun Mahathir punya pelbagai tipu helah. Beliau berani berbohong dan berpura-pura tidak tahu apa-apa tentang rancangan menubuhkan sebuah kerajaan baharu sebelum terjadinya Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020. Kalau tidak sekeping gambar beliau bersama-sama pemimpin-pemimpin utama parti UMNO, PAS, Bersatu dan parti-parti utama Sabah dan Sarawak tersebar, mungkin sehingga kini beliau hanya berdiam diri.  Namun, beberapa rakaman audio yang tular kepada umum yang dikatakan telah dirakam semasa mesyuarat parti sebelum Langkah Sheraton jelas memperdengarkan suara beliau yang mengatakan beliau tidak akan benarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri selepas beliau. Jadi, mengapakah beliau menjadikan alasan “menentang pemimpin-pemimpin korup dan kleptokratik” seperti Dato’ Seri Najib Razak dan lain-lain untuk tidak melepaskan jawatan perdana itu kepada Anwar Ibrahim?

Selepas Tun Mahathir dimalukan kerana tidak dipilih sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), beliau mula ‘menentang’ ketua pembangkang itu secara terbuka. Langkah beliau untuk meninggalkan PH bersama-sama blok beliau dan Warisan dilihat sebagai sesuatu yang wajar agar beliau tidak lagi dicemuh. Pilihan calon perdana menteri beliau iaitu Dato’ Seri Shafie Apdal tidak berapa digemari ramai kerana presiden Warisan itu hanya dianggap sebagai boneka Tun Mahathir. Dalam satu essei Trends of Asia, ahli majlis tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan memberitahu bahawa Tun Mahathir tidak pernah menyukai Anwar Ibrahim kerana presiden PKR itu dikatakan “seorang individu yang tidak akan memperjuangkan orang Melayu dan hak istimewa orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia”. Wan Saiful seterusnya mendakwa bahawa sejak 2019, PH telah kehilangan kepercayaan orang Melayu kerana telah didominasi oleh DAP dan PKR. Wan Saiful telah mengangkat Tun Mahathir sebagai satu-satunya pemimpin dari PH yang memperjuangkan hak Melayu dengan menyertai Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019 yang turut dihadiri UMNO dan PAS. Wan Saiful berkata ‘penyatuan’ yang dipertontonkan semasa berlangsungnya kongres tersebut merupakan satu petanda awal kolaborasi rahsia Bersatu bersama UMNO dan PAS. Pendedahan ini amatlah mengejutkan terutama apabila semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir sering mempamerkan kebencian beliau terhadap UMNO. Rakyat Malaysia sering dibohongi dengan hipokrasi beliau sedangkan beliau ‘intim’ dengan pemimpin kedua-dua parti secara sulit. Wan Saiful mendakwa bahawa pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri setelah peletakan jawatan Tun Mahathir pada Februari lalu turut mendapat sokongan mantan perdana menteri ke-7 itu, yang juga memberi mandat kepada Muhyiddin Yassin untuk meneruskan rancangan untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu dipimpin oleh orang Melayu. Sungguh mengejutkan!

Jelaslah semua kekalutan ini sudah dirancang, jadi mengapakah Tun Mahathir berkata bahawa beliau berasa bertanggungjawab untuk berkuasa semula untuk menentang ‘ketidakadilan’ yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin melalui ‘pintu belakang’? Adakah ini satu lagi permainan yang cuba beliau mainkan? Khususnya, mengapakah beliau mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri ke-8 yang telah beliau persetujui untuk dibahaskan di Parlimen? Atau adakah Muhyiddin Yassin telah mengubah rancangan tersebut pada Februari lalu yang tidak mengikut selera Tun Mahathir? Dan mengapakah Anwar Ibrahim dijadikan mangsa atas semua ini? Sememangnya ini semua kerja gila.

By Adillah Jaafar


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole w
logoblog

Thanks for reading Mengapa Mahathir berbohong tentang rancangan beliau untuk bersama UMNO dan PAS?

No comments:

Post a Comment