Thursday, August 13, 2020

Adakah ‘amaran’ Mahathir dan kenyataan angkuh Azmin petanda kepada penangkapan Lim?

  Malaysian Mirror       Thursday, August 13, 2020

Sehari selepas Tun Mahathir Mohamad berkongsi satu kenyataan mengandungi 20 perkara berkenaan rasuah dan kesannya ke atas negara di laman media sosial beliau pada 6 Ogos lalu, ahli sekutu beliau yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada lewat petang untuk memberi keterangan berkenaan projek kontroversi  terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 billion. 

Beliau kemudiannya ditahan oleh SPRM untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada keesokan harinya dengan pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. Untuk pertuduhan ini, beliau diwakili peguam dan juga rakan ahli DAP, Ramkarpal Singh dan Gobind Singh Deo. Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu juga dikatakan menghadapi dua lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos 2020 di bawah Seksyen 23 akta yang sama. Ironisnya, penahanan Lim telah dibuat beberapa jam setelah beliau mempersoalkan kandungan bahas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, tentang ekonomi negara termasuklah tentang isu GST dan Tabung Harapan, di dalam Parlimen. Semasa sesi tersebut, Tengku Zafrul mengesahkan bahawa jumlah hutang negara telah mencapai RM1.2 trillion sepertimana yang telah diumumkan oleh Lim semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan juga penggunaan wang Tabung Harapan untuk menyelesaikan hutang-hutang 1MDB. Pengakuan ini ternyata sungguh memalukan!

Yang menariknya, penahanan Lim telah menerima sama ada sokongan atau kecaman daripada rakyat dan rakan-rakan politik. Para penyokong PH dan DAP menyelar tindakan menahan Lim itu sebagai suatu balas dendam oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) tanpa bukti yang kukuh. Sementara itu, para pemimpin dan penyokong PN dan Barisan Nasional (BN) pula melihat tindakan tersebut sebagai suatu yang adil selepas sabitan dan hukuman ke atas mantan perdana menteri Dato’ Seri Najib Razak yang berkaitan dengan skandal kewangan 1MDB.

Persoalannya, mengapakah penahanan tersebut dibuat sejurus selepas kenyataan Tun Mahathir dibuat di laman media sosial beliau? Adakah Tun Mahathir cuba memberi bayangan tentang apa yang Lim bakal hadapi? Dan adakah ciapan Twitter Azmin Ali yang mengucapkan syabas kepada Tengku Zafrul merupakan suatu tindakan yang angkuh kerana sudah mengetahui bahawa Lim akan dituduh pada hari yang sama? Adakah Lim merupakan kambing hitam kepada kesilapan-kesilapan Tun Mahathir semasa PH menjadi kerajaan? Adakah ini satu langkah untuk memecahbelahkan PN dan melemahkan DAP? Patutlah Azmin Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Zafrul kelihatan girang di dalam gambar yang dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu!

By Adillah Jaafar

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

logoblog

Thanks for reading Adakah ‘amaran’ Mahathir dan kenyataan angkuh Azmin petanda kepada penangkapan Lim?

No comments:

Post a Comment