Beliau telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk Bumiputera sebagai usaha utama beliau dalam menstruktur semula masyarakat Melayu dan meningkatkan peluang ekonomi dan pendidikan untuk majoriti etnik Melayu.
Memandangkan populasi Melayu ketinggalan jauh daripada komuniti Cina dan India dalam pencapaian pendidikan dan tahap pendapatan, beliau telah melaksanakan polisi berdasarkan kaum. Walaubagaimanapun, matlamat beliau telah beralih kepada mempromosikan ketuanan Melayu dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia. Kuota dan keutamaan telah diberi kepada orang Melayu dalam hal kemasukan ke universiti, pengambilan kerja dalam sektor awam, biasiswa, dan pinjaman dan perlesenan perniagaan.
Beliau telah merangka DEB untuk membentuk satu kelas orang Melayu yang rakus yang tugasnya hanyalah menambah 20 ke 50 peratus ke atas kos projek-projek. Kesemua kontrak kerja awam telah hanya diberikan kepada syarikat-syarikat Bumiputera atas dasar rundingan. 20 peratus telah ditambah ke atas rundingan tersebut. Apabila kontrak dimeterai, kerja tersebut kemudiannya telah dikontrak pula kepada perniagaan lain, dengan 20 peratus itu ditolak. 20 peratus itu kemudiannya telah masuk ke dalam poket-poket kroni politik yang tidak langsung perlu buat apa-apa. Yang rugi hanyalah rakyat dan ekonomi Malaysia. Adakah anda mahu berada dalam kerugian lagi setelah mengetahui semua ini? Keputusan di tangan anda...


No comments:
Post a Comment