Terdapat pelbagai bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa beliau terlibat dengan salahlaku rasuah. Tun Mahathir berkata bahawa tiada satupun bukti yang menunjukkan beliau terlibat, namun sebenarnya ada. Terdapat sebuah dokumen yang membuktikan bahawa Tan Sri Rafidah Aziz, yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan dan Industri beliau, telah meluluskan saham-saham untuk anak Tun Mahathir atas arahan khas Tun Mahathir sendiri. Dan dokumen ini telahpun didedahkan pada 6hb November 1999 di dalam sebuah sidang media di ibu pejabat parti PKR di Menara Phileo Damansara.
Tan Sri Rafidah Aziz, yang kini Mantan Menteri Perdagangan dan Industri, telah mendedahkan bahawa Tun Mahathir pernah terlibat dengan rasuah. Ezam telah mendedahkan salahlaku rasuah Tun Mahathir dan Tan Sri Rafidah Aziz dan telah dipenjarakan selama dua tahun. Tun Mahathir telah menggunakan ugutan penjara ke atas sesiapa yang menentang atau mendedahkan salahlaku beliau. Ini termasuk menghukum Ezam dengan dua tahun penjara di bawah OSA. Jika Tun Mahathir tidak korup, mengapa dia berbuat semua ini? Fikir-fikirkanlah.


Tun PM yg terbaikk...
ReplyDelete