Monday, April 13, 2020

Adakah Tun Mahathir seorang Autoritarian?

  Malaysian Mirror       Monday, April 13, 2020
Atas nama melindungi demokrasi, rakyat, pegangan agama, dsb., Tun Mahathir telah memperbodohkan rakyat dan melaksanakan pemerintahan beliau yang autoritatif. Anda pasti ingat bagaimana beliau menjalankan taktik-taktik beliau dengan mengunakan kanun undang-undang untuk mengekang bidangkuasa kehakiman.

Tentu anda ingat pada Param Cumaraswamy, presiden Majlis Peguam Malaysia, yang mengatakan bahawa “asas Perlembagaan kita sudah musnah dan keseimbangan antara kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman sudah digugah.” Bidang kehakiman Malaysia yang berasaskan model mahkamah di Britain, telah diperakui oleh ramai ahli politik dan peguam sebagai institusi bebas yang terakhir yang dapat mengawal penambahan bidangkuasa peribadi Perdana Menteri.

Tun Mahathir telah menggunakan taktik-taktik perundangan untuk menekan bidang kehakiman. Anda perlu ingat, berapa ramai aktivis politik yang telah ditangkap. Bukan itu sahaja, beliau juga telah menutup empat akhbar yang dikawal oleh media negeri. Adakah kita masih perlu menyokong individu seperti ini untuk menjadi pemimpin kita semula? Jawapannya ada di tangan anda…


logoblog

Thanks for reading Adakah Tun Mahathir seorang Autoritarian?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment