Tadbir urus yang baik ada sembilan komponen iaitu Penglibatan, Undang-Undang, Ketelusan, Responsif, Berorientasikan Konsensus, Ekuiti, Keberkesanan dan Kecekapan, Kebertanggungjawapan dan Visi yang Strategik. Para sahabat, mari lihat kembali sama ada kualiti-kualiti ini ada pada Mahathir, Najib dan sekarang Muhyiddin. Pernahkah mereka ambilkira suara anda dalam membuat keputusan? Adakah bidangkuasa perundangan mereka adil dan tidak berat sebelah semasa pemerintahan mereka?
Adakah mereka telus? Semasa mereka memerintah, adakah segala urusan institusi dan proses yang terlibat memenuhi kehendak pihak yang berkepentingan? Adakah rakyat, tanpa mengira jantina, mempunyai peluang untuk memajukan diri atau menjaga kepentingan mereka semasa pemerintahan individu-individu yang disebut di atas? Adakah mereka, sektor swasta dan organisasi awam bertanggungjawab ke atas masyarakat umum semasa pemerintahan mereka? Adakah mereka mempunyai satu Visi yang strategik? Jika anda tidak melihat mana-mana satu kualiti ini ada pada mereka, mengapakah anda mahu mereka menjadi pemimpin anda? Adakah anda mahu menjadi sebuah negara yang dibelenggu kemiskinan dan rasuah? Fikirkanlah dengan bijak... keputusan di tangan anda.
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment