Pelantikan Dato’ Sri Fadilah Yusof sebagai menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada kali ini sebenarnya bukanlah untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk terus menjadi proksi kepada Dato’ Seri Najib Razak untuk terus merompak negara.
Secara tidak langsung, Fadilah Yusof sedang menyambung khidmat kepada mantan ‘boss’ beliau iaitu Najib Razak yang telah menjaga beliau dengan baik semasa menjadi perdana menteri. Pada masa yang sama, hubungan rapat Najib Razak dengan abang Fadilah Yusof iaitu Tan Sri Bustari tidak putus meskipun mantan perdana Menteri itu terkenal di seluruh dunia dengan skandal kewangan 1MDB.
Hakikatnya, salah satu bantuan Bustari Yusof kepada Najib Razak adalah usaha penyorokkan barangan mewah milik Datin Seri Rosmah Mansor di sebuah kondominiun milik beliau di Bukit Bintang sehinggalah semuanya dirampas oleh pihak polis. Pelantikan Fadilah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya di bawah PN kali ini pastinya menjadi satu tanda tanya, terutama apabila rakyat Sarawak sedar bahawa mereka tidakpun mendapat apa-apa manfaat daripada pelantikan beliau sebelum ini. Persoalannya, mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin percayakan Fadilah Yusof kali ini? Apakah perjanjian mereka kali ini disebalik ketiadaan prestasi Fadilah Yusof? Atau adakah Muhyiddin Yassin telah dimanipulasi oleh Najib Razak untuk bersetuju mengekalkan Fadilah Yusof dalam Kabinet agar Najib Razak boleh terus mendapat keuntungan wang ringgit melalui Bustari Yusof dan kekal menguasai UMNO? Ingat, Najib Razak hidup berpaksikan “Wang adalah Raja”. Patutkah rakyat dan penduduk Sarawak membiarkan titik hitam ini berulang kembali? Patutkah rakyat Malaysia merelakan satu lagi rompakan besar oleh Najb Razak?
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment