Apa lagi yang Tun Mahathir hendak buat? Jelaslah bahawa beliaulah tukang buat kacau dalam Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) dan tidak akan duduk diam selagi belum dapat apa yang beliau mahu. Walaupun rakyat sudah mula menentang beliau secara maya, individu yang tidak tahu malu ini sedang berdrama untuk mendapatkan simpati dan sokongan. Pada 9 Mei 2020, beliau secara terbuka telah mengeluarkan satu kenyataan bersama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mereka berdua masih belum mengalah dalam memperjuangkan mandat rakyat yang telah dicabul oleh gerakan yang diketuai oleh Dato’ Seri Azmin Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan beberapa orang kenamaan.
Tun Mahathir nampaknya kecewa dengan ‘rampasan kuasa’ tersebut dan menyalahkan Muhyiddin Yassin dan bukan Azmin Ali. Persoalannya, mengapa beliau harus rasa kecewa sedangkan beliau sendiri yang meletak jawatan sebagai perdana menteri and membiarkan negara tanpa halatuju pada bulan Februari 2020 apabila negara sedang memerangi wabak Covid-19? Meskipun beliau berkata peletakan jawatan itu disebabkan oleh ketidakpenerimaan parti beliau terhadap beliau, mengapa pula kini beliau berusaha untuk mendapatkan kembali pengaruh dalam Bersatu dan PH serta mahu menjadi perdana menteri semula? Adakah ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau telah berbohong tentang parti beliau atau hanya menyalahkan orang lain atas silap beliau sendiri? Bukankah sepatutnya beliau bersara dan berehat sahaja? Sebagai pembuat masalah, kekusutan dalam Bersatu yang memperlihatkan perpecahan antara kem beliau dan Muhyiddin Yassin kini nyata. Perlakuan beliau dalam PH juga meragukan kerana meskipun Bersatu sudah keluar daripada PH, beliau telah meminta anak beliau, Mukhriz, dan penyokong-penyokong mereka untuk mendesak Bersatu kembali semula kepada PH. Tambahan pula, beliau telah memperlihatkan kepada umum bahawa beliau sudahpun berbaik dengan Ketua Pembangkang PH, Anwar Ibrahim – seorang individu yang telah beliau seksa, khianati dan bohongi – dan mengusul satu undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin. Apa pula langkah beliau seterusnya? Rakyat seharusnya lebih berhati-hati dengan individu nyanyuk dan licik ini dan halang beliau dari terus memusnahkan orang lain dan negara.
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment