Monday, May 4, 2020

Apa sudah jadi dengan rakyat Sarawak? Bukankah GPS telah menjual rakyat Sarawak kepada UMNO?

  Malaysian Mirror       Monday, May 4, 2020
democracy, politics, democracynow, democracy2020, democracygovt, democracygovernment, democracymeaning, politicsnow, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysiakini, Malaysia,facebook, instagram, like, follow


Kedudukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak tampuk kerajaan diambil alih oleh Perikatan Nasional (PN) masih menjadi tanda tanya.  Tindakan sokongan dari luar kepada PN dilihat bersifat “atas pagar”. Sedangkan GPS dilaporkan inginkan satu gabungan yang konkrit seperti yang pernah dicapai bersama Barisan Nasional (BN) yang satu masa dahulu cukup kuat, apa yang hentikan mereka kali ini?

Dengan bilangan kerusi 18 ahli Parlimen, GPS kelihatan seakan menunggu peluang terbaik demi kepentingan parti dan negeri untuk mengadakan satu gabungan yang konkrit. GPS juga sedar, PN masih belum cukup sokongan ahli Parlimen seperti yang didakwa oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mungkin pada GPS, tidak salahlah jika mereka menanti ‘tawaran terbaik’ dari pihak lain. Presiden GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, seharusnya sedar yang beliau tidak patut menyokong kerajaan PN yang dibina atas pengkhianatan yang tidak mempunyai mandat rakyat.

Sebagai pemimpin beragama Islam, sepatutnya Abang Johari tidak bersubahat dengan pengkhianat. Bukankah bersubahat dengan pengkhianat itu mengundang dosa? Hakikatnya, meskipun GPS tidak peduli pun apa jua urusan kerajaan pusat dan hanya fokus kepada kepentingan rakyat Sarawak, adalah diharapkan agar GPS tidak bersekongkol dengan pengkhianat. Suhabat ini tidak akan membawa apa-apa faedah selain hanya musibah kepada rakyat. Adakah rakyat Sarawak juga mahu bersubahat dan tanggung musibah? Fikirkanlah dengan waras.


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Apa sudah jadi dengan rakyat Sarawak? Bukankah GPS telah menjual rakyat Sarawak kepada UMNO?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment