Disebabkan perbezaan yang tipis di dalam Parlimen, Parlimen Malaysia akan mengalami suatu kebuntuan politik pada 18 Mei. Kebuntukan ini adalah disebabkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berpegang pada sokongan beliau yang belum didedahkan, usul tidak percaya terhadap beliau yang telah dicadangkan oleh Tun Mahathir dan usul percaya dan sokongan terhadap mantan perdana menteri itu yang dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal. Walaupun usul Shafie Apdal itu ditolak oleh Speaker, kenyataan beliau bahawa Tun Mahathir memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen itu tidak boleh dinafikan dan sudahpun mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong.
Oleh kerana sidang Parlimen akan dikurangkan kepada satu hari sahaja untuk mendengar perutusan Yang di-Pertuan Agong adalah sukar untuk mendengar usul percaya Tun pada 18hb Mei. Sementara itu, Dato’ Seri Najib Razak mahu bertindak untuk bermain tarik talik dan meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.
Kebuntuan ini pada berpunca daripada Dato’ Seri Azmin Ali, yang menjadi dalang perselisihan antara Najib Razak dan Muhyiddin Yassin, kerana beliau mahu sangat menjadi Timbalan Perdana Menteri sehinggakan sanggup mengenepikan dan mengawal pemimpin-pemimpin UMNO. Apa yang menarik di sini adalah, Tun Mahathir secara tidak langsung membantu usaha membalas dendam ini sehingga menguntungkan Najib Razak. Perlu ditekankan di sini bahawa tidak seperti Tun Mahathir yang tidak berapa disukai kerana telah memalukan pihak Istana dengan peletakan jawatan dan komen-komen beliau, Najib Razak masih menjadi kesayangan Yang di-Pertuan Agong. Mestikah Muhyiddin Yassin tunduk kepada Najib Razak dan Tun Mahathir meskipun mengetahui sikap mementingkan diri mereka dan tidak peduli dan menghormati kesusahan rakyat semasa krisis ekonomi dan kesihatan akibat wabak Covid-19 ini?
Kleptokrat terkenal ini mesti ditumbangkan kali ini. Boneka beliau, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, harus mengikut rentak Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan diri daripada kes-kes pecah amanah beliau dan menyerahkan Najib Razak kepada Muhyiddin Yassin. Mengapa rakyat Mal.aysia mesti hadapi semua penghinaan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO (lampau dan sekarang) yang telah sekian lama memusnahkan negara? Perlu ditekankan di sini bahawa Muhyiddin Yassin telah membunuh demokrasi di Malaysia, tetapi jika Najib Razak menang, beliau akan terus menguburkannya sampai bila-bila.
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment