Kedudukan parti Warisan sejak tampuk kerajaan yang telah diambil alih oleh Perikatan Nasional (PN) masih menjadi tanda tanya. Sebelah kaki mereka masih di belah Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Negeri manakala sebelah lagi masih tersangkut “atas pagar”. Setakat ini, Warisan dilaporkan tidak sanggup bekerjasama dengan PN sebagai “rakan kongsi” kerana koruptor UMNO seperi Musa Aman yang telah menggelapkan harta Negeri Sabah.
Warisan dengan 9 ahli Parlimen, nampaknya seakan menunggu peluang terbaik demi kepentingan parti dan negeri kerana mereka tahu Tun Mahathir akan menyokong PN tidak lama lagi kerana PN masih belum cukup sokongan ahli Parlimen seperti yang didakwa oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mungkin pada mereka, tidak salahlah jika mereka menanti ‘tawaran terbaik’ dari PN. Presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seharusnya sedar yang beliau tidak patut menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin yang dibina atas pengkhianatan yang tidak mendapat mandat rakyat dan berkerjasama dengan UMNO yang korupt.
Sebagai pemimpin beragama Islam, sepatutnya Shafie tidak bersubahat dengan pengkhianat. Bukankah bersubahat dengan pengkhianat itu mengundang dosa? Hakikatnya, meskipun Warisan tidak peduli pun apa jua urusan kerajaan pusat dan hanya fokus kepada kepentingan rakyat Sabah, parti ini diharap tidak bersekongkol dengan pengkhianat. Perbuatan suhabat ini tidak akan membawa apa-apa faedah selain hanya musibah kepada rakyat. Adakah rakyat Sabah juga mahu bersubahat dan tanggung musibah? Fikirkanlah dengan waras.
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment