Thursday, May 14, 2020

Percaturan Muhyiddin menjelang 18 Mei

  Malaysian Mirror       Thursday, May 14, 2020
malaysia, malaysiakini, movement, democracy, follow, malaysian, cnn indonesia, politics,


May 13, 2020- Sedang Tun Mahathir berusaha keras untuk memalukan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mei, beliau turut dicabar oleh kejatuhan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh anak beliau, Mukhriz. Amatlah memalukan bagi beliau apabila anak kesayangannya itu disingkirkan dari memegang jawatan Menteri Besar buat kali yang kedua. Ini ditambah pula dengan ancaman Muhyiddin Yassin untuk memecat beliau dan Mukhriz daripada parti sekiranya mereka terus berdegil untuk menentang kehendak presiden parti itu.

Walaubagaimanapun Muhyiddin Yassin harus tahu bahawa Tun Mahathir tidak hanya akan berdiam diri dengan ancaman itu. Kemarahan Tun Mahathir itu ternyata telah menyebabkan berlakunya penyebaran beberapa rakaman, yang  dijalankan oleh “cybertrooper” pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang pastinya mencemar nama baik presiden Bersatu itu. Hakikatnya, ini semua hanyalah satu permulaan dan Tun Mahathir masih punya banyak rancangan untuk memalukan dan menimbulkan kemarahan Muhyiddin Yassin dan DYMM Agong – seperti berita yang disebarkan tentang adik tiri DYMM Tuanku yang menetap di New York.

Cara Mukhriz Mahathir meminta Bersatu untuk kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH), serta usul tidak munasabah oleh Lew Chin Tong, yang juga orang suruhan Tun Mahathir, berkenaan PH Plus, dan 29 kenyataan beliau sendiri di Twitter merupakan permainan Tun Mahathir yang semakin jelas menjelang 18 Mei ini. Beliau jelas mahukan DAP untuk bersekongkol dengan beliau dan Warisan untuk menimbulkan kebencian terhadap Muhyiddin Yassin dan DYMM Agong. Dakwaan beliau yang mengatakan orang Melayu telah diperdaya oleh kleptokrat UMNO dan bukannya DAP adalah untuk menyedapkan hati DAP yang ketika ini dipersalahkan oleh Muhyiddin Yassin di atas kejatuhan PH. Nampaknya, Tun Mahathir sangat terdesak mahukan DAP bersama beliau. Persidangan Parlimen pada 18 Mei nanti pastinya akan menyaksikan banyak lagi percaturan Tun Mahathir untuk memalukan Muhyiddin Yassin. Usul undi tidak percaya beliau terhadap Perdana Menteri itu juga akan dilihat sebagai satu cabaran kepada kuasa DYMM Agong. Lelaki berumur 94 tahun ini nampaknya masih belum putus asa menyalahkan orang Melayu selain memiliki agenda yang rakus demi kepentingan diri sendiri, keluarga dan kroni beliau.


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Percaturan Muhyiddin menjelang 18 Mei

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment