Saturday, May 2, 2020

Politik merupakan satu permainan yang kejam di Malaysia!

  Malaysian Mirror       Saturday, May 2, 2020


Politik merupakan satu permainan yang kejam dan ini seringkali berpunca daripada Tun Mahathir. Beliau mengundur diri selepas 20 tahun dan melantik Perdana Menteri ke-6 Abdullah Badawi. Bila menantu Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin, mencampuri urusan projek kroni dan anak-anak Tun Mahathir, Tun Mahathir memaksa Abdullah Badawi menyerahkan kuasa kepada Najib Razak, meskipun mengetahui Najib meneariam rasuah dalam skandal Kapar Selam dan isterinya Rosmah Mansor telah menghapuskan Altantuya. Seperti yang dimaklum, akhirnya kita semua dibebani dengan musibah 1MDB.

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat, Tun Mahathir telah berjanji kepada beliau untuk membalas dendam terhadap Najib Razak dengan apa cara sekalipun termasuklah berganding dengan bekas anak didik Tun Mahathir, Azmin Ali. Pada ketika itu, Anwar Ibrahim massiv bereda di dalam penjara dan tidak mampu berbuat apa-apa bila Tun Mahathir dan Azmin Ali merampas kuasa dalam Pakatan Harapan – kerana apa yang Anwar Ibrahim mahu hanyalah untuk bebas dari tahanan. Maka terjadilah satu perjanjian hebat abad ini iaitu satu ‘perkahwinan atas dasar keperluan’ antara musuh azali, dimana satu pihak mempergunakan satu pihak lain dengan matlamat khusus untuk menjatuhkan kerajaan gergasi UMNO – Lim Kit Siang dan Tun Mahathir bersatu atas kempen propaganda DAP, simpati ke atas Tun Mahathir dan kesombongan dan kebodohan Najib Razak.

Walaubagaimanapun, Tun Mahathir sedar bahawa meskipun beliau boleh memenangi hati pengundi Melayu, pihak pembangkang tegar memberontak dan mahukan Anwar Ibrahim mengetuai kerajaan selepas dua tahun. Dan kenapa dua tahun? Jangka masa Tun dapat melenggakan pengampunan buat Anwar Ibrahim.

Dari situ bermulalah salahkira Tun Mahathir. Ketidakadilan ke atas Anwar Ibrahim diampuni dengan sekelip mata dan Anwar Ibrahim dipilih menjadi wakil rakyat untuk bersiap sedia mengambil alih tampuk kepimpinan negara, yang menyebabkan kemarahan Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin yang mahukan Tun Mahathir untuk kekal hingga ke akhir penggal. Sementara itu DAP dan Amanah bertindak menjengkelkan Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin dengan lebih hebat dan rayuan Tun Mahathir untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan telah ditolak. Susulan itu, Tun tewas melalui langkah Sheraton Part 1 Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali. Walaubagaimanapun, kekejaman politik Malaysia  tidak berakhir di sini sahaja. Kali ini, Hamzah Zainudin dan Mohamad Hasan terang-terangan menentang Azmin Ali yang mengakibatkan Azmin Ali gagal mencapai cita-citanya menjadi timbalan Perdana Menteri.

Licik seperti selalu, Tun Mahathir kelihatan tenang dan sedar bahawa Azmin Ali akan datang merayu kepadanya seperti dahulu. Tun Mahathir hanya nantikan saat itu demi kepentingan anaknya yang tidak cekap Mukhriz. Diam tak diam, dalam keadaan negara ‘terpenjara’ dan diperintah oleh sebuah kerajaan yang rapuh yang berusia kurang dari dua bulan, Azmin Ali bertindak sekali lagi. Tetapi kali ini, secara seorang melalui langkah Sheraton Part 2, kita akan menyaksikan satu rancangan dan matlamat yang lebih besar… jawatan Perdana Menteri untuk dirinya sendiri dengan Mukhriz sebagai timbalannya. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam masa beberapa hari lagi.


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Politik merupakan satu permainan yang kejam di Malaysia!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment