Friday, May 1, 2020

Sikap Mementingkan Diri Tun Mahathir Melumpuhkan Politik dan Ekonomi Malaysia

  Malaysian Mirror       Friday, May 1, 2020
democracy, politics, democracynow, democracy2020, democracygovt, democracygovernment, democracymeaning, politicsnow, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysiakini, Malaysia,facebook, instagram, like, follow


Usaha Tun Mahathir untuk menghalang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri ke-8 merupakan satu usaha tikam belakang yang serius ke atas Pakatan Harapan. Ini bukanlah pertama kali ianya berlaku dalam sejarah politik Malaysia dan pastinya bukan yang terakhir. Peletakan jawatan beliau merupakan satu tindakan yang tidak dijangka oleh rakyat Malaysia dan keputusan tersebut telah hanya meletakkan Malaysia dalam ketidaktentuan sementara negara menangani wabak Covid-19 dan krisis ekonomi yang tidak dapat dielakkan.

Terdapat pendakwaan bahawa Tun Mahathir sudah lama merancang pembentukan sebuah kerajaan perpaduan dan Tun Mahathir tidak langsung berbuat apa-apa untuk menghalang rampasan kuasa yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Dato’ Seri Azmin Ali dan sebaliknya memilih untuk berdiam diri di rumahnya sahaja.

Mengapa Tun Mahathir tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan bersara dengan tenang sedangkan beliau sendiri tahu yang beliau tidak akan berada dalam politik selamanya? Beliau memiliki kuasa untuk mengubah Menteri Kabinet dan melantik yang lain bila-bila masa. Sekiranya beliau telah berbuat begitu dan menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Malaysia mungkin tidak akan menghadapi krisis politik di waktu yang tidak terduga dan mencabar ini. Namun, setelah beliau bersara, Tun Mahathir masih mahukan jawatan yang sama. Peletakan jawatan beliau merupakan satu permainan politik di mata umum.  Sebaliknya, bagi seorang individu yang sudah mempunyai pengalaman yang luas seperti beliau, Tun Mahathir tidak sepatutnya berbuat begitu. Jelaslah apabila beliau menerima jawatan Perdana Menteri Interim, beliau cuba mencuri masa supaya Azmin Ali dapat mengatur langkah Sheraton Part 1.

Jelaslah juga bahawa ketika Tun Mahathir memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri ke-7, beliau tiada berniat untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Tun Mahathir sendiri telah menyatakan pendapatnya tentang Anwar Ibrahim dalam satu video kepada media antarabangsa pada 1998 bahawa Anwar Ibrahim tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau tidak memiliki moral. Sehingga ke hari ini, meskipun beliau dilihat tersenyum apabila bergambar dengan Anwar Ibrahim, beliau masih belum memohon maaf atau menarik balik kecaman beliau terhadap Anwar Ibrahim. Sebelum terjadinya langkah Sheraton Part 1, Tun Mahathir telah dengan jelas menyatakan bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO, PAS dan kumpulan pengkhianat dari PKR yang diketuai Azmin Ali dan tidak mahu dipaksa untuk menamakan tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar.

Sebab-sebab yang Tun Mahathir telah beri untuk meletak jawatan, iaitu usaha yang tidak henti-henti oleh pemimpin PKR dan DAP memaksa beliau mengumumkan tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar dan ketidakmahuan beliau berbuat begitu, dan pengunduran parti Pribumi  dari Pakatan Harapan adalah bersifat main-main. Tidakkah Tun sedar, tengan membenarkan Muhyiddin Yassin memerintah, Negara kini menghadapi suatu cabaran ekonomi yang paling sukar sejak merdeka dengan tiada hala tuju untuk menghidupkan semula.

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Sikap Mementingkan Diri Tun Mahathir Melumpuhkan Politik dan Ekonomi Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment