Monday, June 15, 2020

Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin membeli sokongan semasa PKP demi menjaga air muka beliau?

  Malaysian Mirror       Monday, June 15, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

8 Jun 2020 merupakan hari ke-100 pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dan beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 billion di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) pada Jumaat lalu. Dan pada 7 Jun, beliau turut mengumumkan fasa pemulihan PKP iaitu PKPP yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 untuk menggantikan PKPB yang berakhir pada 9 Jun. Meskipun Penjana telah diumumkan untuk memenangi hati sebahagian besar rakyat, sekali lagi ianya tidak mendapat persetujuan Parlimen, sama seperti Pakej Prihatin yang terdahulu.

Malaysia turut menyaksikan pembelian sokongan oleh Muhyiddin Yassin, di mana bekas ahli Parlimen PKR Kawasan Lubok Antu, Jugah anak Muyang dan ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal telah menyatakan sokongan mereka kepada beliau sebagai galas-ganti berikutan peletakan jawatan timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Shahruddin Md Salleh, yang kini menyokong Pakatan Harapan (PH). Plot ini semakin menebal setelah timbulnya khabar angin yang mengatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Wanita dan Hal Ehwal Keluarga, Datuk Seri Rina Harun dan seorang lagi ‘menteri’ bakal mengikuti jejak langkah Shahruddin Md Salleh.

Jelaslah bahawa langkah putus asa oleh Muhyiddin Yassin ini membuktikan kekurangan keyakinan beliau dan sokongan yang beliau ada di Parlimen yang mana menghalang beliau dari meluluskan satu pindaan yang komprehensif ke atas Rang Undang-undang Bekalan yang digunakan untuk menangani krisis ekonomi serius yang dialami negara. Sebagai perdana menteri, beliau sendiri sedang ‘berperang’ untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan pengaruh menggunakan apa jua cara dan salah satu cara yang paling berkesan adalah wang ringgit. Beliau mencuba sedaya upaya menghujani rakyat dengan pelbagai insentif kewangan untuk memberi gambaran kepada umum bahawa beliaulah penyelamat mereka di waktu ujian getir pandemik ini.

 Namun hakikatnya, ini tidak terbanding dengan kebimbangan yang dirasai para barisan hadapan sebaik sahaja pengumuman PKPP dibuat oleh perdana menteri yang telah membenarkan pembukaan semula beberapa sektor dan perjalanan rentas negeri oleh rakyat bermula 10 Jun. Kebimbangan ini amat nyata kerana masih belum ada vaksin ditemui sehingga ke hari ini. Bayangkan risiko yang dihadapi rakyat Malaysia yang akan bergerak bebas dalam negeri seperti yang mereka lakukan sebelum PKP dilaksanakan. Inilah antara risiko yang Muhyiddin Yassin sanggup letak ke atas rakyat Malaysia semata-mata demi membuat mereka menyokong beliau. Yang ajaibnya, tarikh sesi persidangan Parlimen tidak pula diubah walaupun pengumuman PKPP tersebut telah beliau buat. Adalah ternyata beliau masih sedang berusaha mendapatkan  jumlah  sokongan ahli Parlimen yang secukupnya sebelum sidang Julai ini.


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin membeli sokongan semasa PKP demi menjaga air muka beliau?

No comments:

Post a Comment