Sunday, June 14, 2020

Dengan pengesahan pemecatan Mahathir dari Bersatu dan Anwar memboikot PH Plus, Anwar kini berusaha sendirian untuk mengalahkan Muhyiddin

  Malaysian Mirror       Sunday, June 14, 2020

Dengan pengesahan pemecatan Mahathir dari Bersatu dan Anwar memboikot PH Plus, Anwar kini berusaha sendirian untuk mengalahkan Muhyiddin

Meskipun beliau bukan lagi pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan, Tun Mahathir masih beriya-iya hendak mengetuai barisan pembangkang dengan membentuk PH Plus dengan bantuan orang suruhan beliau iaitu Lew Chin Tong, dengan mengenepikan PKR dan ketua pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, siapa yang telah mengecewakan PH tanpa sebab dan tidak menyerahkan tampuk kemimpinan kepada Anwar Ibrahim mengikut mandat yang telah diberi rakyat pada Mei 2018?

Pada 4 Jun 2020, Tun Mahathir telah mengadakan satu mesyuarat yang dihadiri pemimpin parti gabungan PH iaitu presiden Amanah Mohamad Sabu, presiden Warisan Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, bekas setiausaha agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, dan anak kesayangan Tun Mahathir iaitu Dato’ Seri Mukhriz, seperti yang dikongsikan di laman media sosial beliau. Seperti dijangka, PKR tidak pula hadir bersama kerana mereka telah memboikot sidang akhbar Tun Mahathir pada 18 Mei. Adalah dipercayai bahawa DAP sering menjadi orang tengah antara beliau dan PKR kerana mereka pernah berada dalam Kabinet untuk memuaskan hati Tun Mahathir.

Dan seperti yang diduga, hubungan baik yang sama telah diperlihatkan dalam mesyuarat yang diadakan seterusnya pada hari yang sama, namun kali ini tanpa Tun Mahathir, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir di kediaman Anwar Ibrahim bersama-sama setiausaha agung PKR dan PH iaitu Datuk Saifuddin Nasution. Dalam pertemuan itu, Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa satu ‘perubahan besar’ bakal berlaku tanpa blok Tun Mahathir. Jelas lagi bersuluh, sejak Tun Mahathir mengecewakan PH dan Anwar Ibrahim, mereka berdua sudah tidak bersemuka. Penjarakkan ini menjadi lebih ketara sejak tularnya kata-kata Tun Mahathir yang dirakam di dalam audio klip bertarikh 23 Februari 2020.

Pada hari yang sama, beberapa mesyuarat parti telah diadakan oleh beberapa parti lain bagaikan tiada PKP. Muafakat Nasional juga berbuat begitu, dan terutamanya Bersatu di mana telah diboikot oleh Tun Mahathir dan pengikut-pengikutnya, kerana mesyuarat tersebut membincangkan pemecatan rasmi mereka dan pernyataan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden dan pengerusi parti dan Perdana Menteri ke-8.

Dengan berlakunya perpecahan dari UMNO dan ahli Parlimen Bersatu keluar dari Perikatan Nasional (PN) dan masuk PH, Anwar Ibrahim sedang giat berusaha untuk mengalahkan Muhyiddin Yassin tidak lama lagi. 

  
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Dengan pengesahan pemecatan Mahathir dari Bersatu dan Anwar memboikot PH Plus, Anwar kini berusaha sendirian untuk mengalahkan Muhyiddin

Previous
« Prev Post

1 comment: