Monday, June 8, 2020

Sekeping gambar menggambarkan seribu kisah dan ia tidak menipu

  Malaysian Mirror       Monday, June 8, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Sehingga kini, ramai pastinya tertanya-tanya mengapa gambar Tun Mahathir duduk dan membaca sebuah dokumen bersama-sama beberapa pemimpin tertinggi parti di kediaman beliau tular semasa berlakunya kemelut Bersatu antara beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tiada yang nampak cela pada gambar itu tetapi ianya membongkar satu rancangan besar yang membawa kepada kekecohan politik dalam negara.

Gambar itu menunjukkan Dato’ Sri Fadillah Yusof ‘mengetuai mesyuarat tersebut’ sementara presiden GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Haji Openg, presiden UMNO yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin picisan PKR Dato’ Seri Azmin Ali, presiden Warisan Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal,  dan presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sedang tekun mendengar penerangan rancangan beliau. Jelas kelihatan Tun Mahathir, yang terkenal dengan sifat teliti beliau, sedang tekun membaca rancangan itu. Mesyuarat ini merupakan titiktolak kepada jamuan makan malam di Hotel Sheraton yang telah dikendalikan oleh Azmin Ali, yang semestinya membincangkan pelan pembentukan sebuah kerajaan perpaduan Tun Mahathir tanpa DAP dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tetapi mengapakah Fadillah Yusof yang mengetuai perbincangan tersebut dengan pemimpin-pemimpin tertinggi parti-parti itu? Siapa beliau untuk ada dalam mesyuarat itu?

Tun Mahathir sudahpun menjelaskan di laman sosial beliau bahawa gambar itu telah dirakam di kediaman beliau pada hari Langkah Sheraton berlaku. Dan beliau memberitahu bahawa ianya berkisar tentang perbincangan satu rancangan membawa keluar Bersatu dari Pakatan Harapan (PH) lalu bergabung dengan UMNO yang mana beliau tidak setuju. Ramai juga yang tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberi ini oleh Tun Mahathir kerana ia tidak kukuh. Walaubagaimanapun, itu hanyalah dakwaan beliau sahaja, yang mana tidak tepat menjelaskan kehadiran Fadillah Yusof dan agenda sebenar mereka di dalam mesyuarat tersebut.

Adalah tidak menghairankan bahawa Fadillah Yusof, yang hanya seorang naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ada di situ untuk mewakili seseorang yang telah mengatur keseluruhan Langkah Sheraton dan tidak mahu dilihat berada di situ. Orang itu juga mungkin sudahpun mendapatkan restu daripada DYMM Agong untuk meneruskan Langkah Sheraton. Nampaknya ‘tangan-tangan ghaib’ orang itu sudah giat bekerja melalui Fadillah Yusof, iaitu adik kepada Tan Sri Bustari Yusof. Dan semua sudah tahu yang Bustari Yusof merupakan kawan baik si kleptokrat Najib Razak sudah berdekad lamanya. Rakyat Malaysia pasti masih ingat pada beg-beg tangan mewah, barang kemas dan wang tunai kepunyaan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah dirampas PDRM pada 2018 kerana kes 1MDB dan barang-barang tersebut telah disorok di kondominium Bustari Yusof di Bukit Bintang. Jelaslah kini bahawa kehadiran Fadillah Yusof mengetuai perbincangan tersebut atas arahan Najib Razak. Dan kerana itulah Tun Mahathir kata beliau tidak bersetuju dengan ‘usul’ tersebut kerana beliau terbau-bau Najib Razak di situ. Namun, ini mungkin hanya dapat menjelaskan tentang ketidaksetujuan Tun Mahathir dengan usul tersebut dan bukan agenda sebenar mesyuarat tersebut. Pada saat ini, sesiapapun yang melihat gambar ini akan terkejut dengan adanya Tun Mahathir bersama pemimpin-pemimpin pembangkang waktu itu dalam satu pertemuan tertutup. Kesimpulannya, Tun Mahathir sebenarnya sangat tahu tentang kekecohan besar kepada negara yang bakal dibawa oleh Langkah Sheraton dan beliaulah salah seorang yang terlibat di dalamnya! Ternyata ini satu perbuatan yang licik!

democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Sekeping gambar menggambarkan seribu kisah dan ia tidak menipu

No comments:

Post a Comment