Monday, June 8, 2020

Jika UMNO mengaku sudah bersedia untuk PRU15, adakah Muhyiddin sudah bersedia melepaskan jawatan perdana Menteri kepada Najib?

  Malaysian Mirror       Monday, June 8, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menjadi tuan rumah kepada sebuah ‘mesyuarat’ di kediaman beliau yang mana telah dihadiri Dato’ Seri Najib Razak dan rombongannya sepertimana yang Zahid Hamidi kongsikan dalam laman sosial beliau dengan dakwaan bahawa mereka sudah siapsiaga untuk PRU15. Turut hadir dalam pertemuan itu merupakan adik kepada Najib Razak, Datuk Mohamed Nazim Razak, yang dikatakan menjadi penggerak segala kemahuan abang beliau. Senyuman di wajah mereka semasa duduk di meja makan dan berbual kelihatan menjengkelkan dan ini turut menunjukkan bahawa mereka telah melanggar arahan PKP dengan mengadakan ‘perhimpunan awam’. Degilnya mereka!

Apakah agaknya isi kandungan perbincangan mereka? Adakah pertemuan ini hanya untuk berbaik-baik dengan Zahid Hamidi setelah Najib Razak merancang untuk menyingkir Zahid Hamidi sebagai presiden parti sepertimana yang telah dibuat di kediaman Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman sebulan lalu? Mesyuarat itu, yang mana tidak dihadiri oleh Zahid Hamidi dan penyokong-penyokongnya, telah merancang untuk menggantikan beliau dengan Dato’ Seri Mohamad Hasan sebagai pemangku presiden. Apa sudah jadi pada rancangan tersebut? Zahid Hamidi sepatutnya sedia maklum yang UMNO juga punya pelbagai kem dan mana-mana satu daripada mereka mahu sahaja memusnahkan beliau pada bila-bila masa. Jadi, mengapakah beliau menunjukkan solidariti yang kuat dengan Najib Razak? Adakah ia hanya sandiwara?

Imej-imeh yang dikongsikan oleh Zahid Hamidi ini ternyata menggambarkan ketidakprihatinan dan rasa tidak peduli beliau kepada rakyat, sepertimana yang telah dilakukan oleh anak perempuan beliau Dato Nurul Hidayah yang turut melanggar arahan PKP sebelum ini. Kehadiran Najib Razak dan rombongan beliau dan pengakuan mereka mengenai perbincangan politik dengan berkumpul di kediaman beliau semasa PKP tanpa memakai penutup hidung dan mulut dan tidak menjaga jarak sosial, adalah satu gambaran jelas akan kejahilan dan rasa tidak bertanggungjawab mereka di kala rakyat marhaen terpaksa duduk di rumah seperti yang diarahkan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Nor Hisham Abdullah untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Sebarang pelanggaran ke atas arahan PKP oleh rakyat akan mengakibatkan mereka didenda dan dipenjarakan. Nampaknya ahli-ahli politik ini tidak bertanggungjawab apabila tidak mengendahkan arahan tersebut! Adakah mereka kebal?

Rakyat Malaysia mesti tanya pada diri mereka soalan-soalan ini: Adakah mereka boleh percayakan pemimpin-pemimpin ini dalam soal masa hadapan mereka? Mengapa pemimpin-pemimpin ini masih sibuk fokus pada pilihanraya umum semasa negara dan rakyat sedang berada dalam keadaan yang teruk dan tidak pasti apa yang bakal mereka hadapi di masa hadapan? Lebih buruk lagi, terdapat spekulasi yang meramalkan bahawa negara akan menghadapi masalah ekonomi yang sangat serius menjelang September tahun ini kerana kekurangan wang. Apakah yang akan terjadi kepada rakyat yang telah dan akan diberhentikan kerja kerana majikan mereka sudah kehilangan sumber kewangan? Perlu diingatkan bahawa rakyat Malaysia telahpun membuat keputusan untuk menyingkirkan “Cash is King” Najib Razak pada 2018 kerana mereka benci pada beliau dan gaya hidup beliau yang kleptokratik. Adakah mereka mahu menerima beliau semula dan kembali hidup sengsara?

Adakah Muhyiddin Yassin akan membenarkan Najib Razak memerintah dan merompak negara semula? Adakah beliau sanggup disumpah-seranah sekali lagi sepertimana yang telah dilakukan oleh rakyat Johor beberapa dekad lalu ke atas beliau kerana beliau menukar hari cuti hujung minggu dari Jumaat/Sabtu ke Sabtu/Ahad sehinggakan kubur ayah beliau diletakkan tanda salib? Muhyiddin Yassin seharusnya mempertimbangkan semula hubungan beliau dengan kleptokrat-kleptokrat ini sebelum terlambat. Atau…adakah beliau sebahagian daripada mereka juga?

democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Jika UMNO mengaku sudah bersedia untuk PRU15, adakah Muhyiddin sudah bersedia melepaskan jawatan perdana Menteri kepada Najib?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment