Thursday, July 9, 2020

Apakah yang sedang Azmin dan Hishammuddin rancangkan sekarang?

  Malaysian Mirror       Thursday, July 9, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Sejak pendedahan percutian keluarga mereka pada 2018, bekas timbalan presiden PKR Dato’ Seri Azmin Ali dan pemimpin UMNO Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sering dilihat sangat rapat meskipun memiliki kepentingan politik yang berbeza. Beberapa gambar percutian mereka ke Maghribi dengan kapsyen “Keluarga kami bersatu” yang dikongsikan oleh anak lelaki Azmin Ali iaitu Ameer telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan orang awam dan ahli politik, terutama tentang agenda ‘penyatuan’ mereka. Tidak ramai yang tahu bahawa mereka berkawan rapat sehinggalah tularnya gambar-gambar itu dan kekerapan mereka dilihat bersama di majlis-majlis rasmi di Istana. Walaubagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah menimbulkan spekulasi bahawa adanya rancangan Azmin Ali untuk memecahbelahkan PKR dan bersatu dengan UMNO.

Meskipun Azmin Ali telah memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi semasa di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bermula Mei 2018, prestasi beliau tidaklah memberangsangkan oleh kerana skop kerja portfolio itu masih baharu dan terdapatnya beberapa pertuduhan nakal yang dilemparkan ke atas beliau. Antara pertuduhan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua adalah “kilp video semburit” yang telah direncanakan dan disebarkan oleh Tun Mahathir semasa bulan Ramadhan tahun 2019. Klip-klip tersebut dikatakan telah dirakam di sebuah hotel di Sabah, yang mana dikhabarkan melibatkan Azmin Ali dan ketua pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz. Juga tidak dapat dilupakan semua adalah saman terhadap Azmin Ali oleh sebuah agensi pelancongan yang melibatkan sejumlah RM329,000.00 atas kos tiket penerbangan dan penginapan hotel yang tertunggak. Lebih menarik lagi, agensi pelancongan tersebut dikatakan dimiliki keluarga Haziq Abdullah sendiri. Ini sangat melucukan! Namun begitu, Hishammuddin Hussein tidak pernah berburuk sangka terhadap Azmin Ali yang pada ketika itu digesa untuk meletak jawatan Kabinet oleh para pemimpin pembangkang UMNO.

Menariknya, semasa pandemik Covid-19 muncul di Malaysia pada awal tahun 2020, negara bukan hanya terpaksa menghadapi wabak tersebut dan kelembapan ekonomi, tetapi juga terpaksa menghadapi satu peralihan politik yang besar. Semakin banyak berita tindak-tanduk Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein terbongkar, terutamanya yang melibatkan pertemuan Hishammuddin Hussein dan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan Azmin Ali di Putrajaya pada Januari 2020. Ini kemudiannya menyebabkan Lembaga Displin UMNO mengenakan tindakan tatatertib ke atas Hishammuddin Hussein. Walaubagaimanapun, sesi pendengaran tatatertib tersebut telah dibatalkan oleh presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan yang membawa kepada peletakan jawatan pengerusi lembaga tersebut iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Hishammuddin Hussein, dengan bangganya mengatakan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan apabila bertemu Azmin Ali. Dan apabila perpisahan Azmin Ali bersama pengikut-pengikut setia beliau dari PKR berlaku, rupa-rupanya beliau secara diam cuba memancing peluang lebih besar dalam satu rampasan kuasa dikenali sebagai Langkah Sheraton yang melibatkan beberapa parti politik seperti UMNO, PAS, Bersatu dan picisan kem PKR yang memihak kepada beliau pada 23 Februari 2020. Rampasan kuasa ini merupakan titik tolak kepada satu peralihan kuasa yang membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih menyerlah dari yang lain. Hakikatnya, tidak ramai yang tahu bahawa Hishammuddin Hussein dan Azmin Ali telah merangka beberapa perjanjian sulit yang membawa kepada situasi politik Malaysia pada hari ini.

Juga menariknya, selepas Langkah Sheraton, Azmin Ali telah dilantik sebagai menteri paling kanan di samping jawatan yang menguntungkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Hishammuddin Hussein hanya diberi jawatan yang suam-suam kuku sebagai Menteri Hal Ehwal Antarabangsa.

Sehingga kini, beberapa sumber yang dipercayai mengkhabarkan bahawa Azmin Ali juga telah bertemu dan minum petang bersama Tun Mahathir di Langkawi pada hujung minggu lalu atas satu agenda yang tidak diketahui. Gambar-gambar Azmin Ali sekeluarga menunjukkan mereka sedang menjamu selera di sebuah rangkaian kedai pastri milik Tun Mahathir telah menimbulkan tanda tanya sedang pada masa yang sama, Tun Mahathir turut berada di pulau lagenda itu dan melawat rangkaian kedai pastri yang sama  dalam satu rakaman video yang dikongsikan di laman sosial beliau.

Jadi, apakah yang membuatkan kedua-dua sahabat baik itu menjadi tumpuan umum? Adakah mereka masih bersama? Apakah rancangan Azmin Ali seterusnya untuk bertemu Tun Mahathir? Apakah yang bakal beliau lakukan ketika berlakunya kemelut politik sekarang ini memandangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin semakin rapuh dan UMNO yang sedang galak mengambilalih kuasa dengan gesaan pilihanraya umum?

By Adilah Jaafar

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Apakah yang sedang Azmin dan Hishammuddin rancangkan sekarang?

No comments:

Post a Comment