Monday, July 13, 2020

Mahathir perlu lihat diri dalam cermin bila beliau kata Anwar tidak popular untuk mengetuai Pembangkang

  Malaysian Mirror       Monday, July 13, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Dalam usaha beliau mencadangkan Dato' Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri, Tun Mahathir memberitahu media bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim "tidak popular" dan sudah kehilangan sokongan rakyat. Mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu nampaknya tegar dalam menafikan pendirian yang dibuat oleh PKR dan presidennya berkenaan calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya mengambilalih Putrajaya. Beliau percaya bahawa rakyat Malaysia tidak akan menyokong sebarang usaha Pakatan Harapan (PH) untuk kembali mentadbir negara sekiranya Anwar Ibrahim dipilih menjadi perdana menteri. Ini sangat mengarut! Tidakkah beliau ukur tahap populariti beliau sendiri? Beliau sendiri yang merosakkan imej dan reputasi Anwar Ibrahim selama berdekad lamanya dan kini beliau mendakwa bahawa beliau dan pilihan beliau, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir, lebih baik daripada ketua pembangkang itu?

Hakikatnya, Tun Mahathir tidak pernah membenarkan sesiapapun menjadi lebih popular daripada beliau, terutama dalam menjadi seorang pemimpin baik yang disayangi dan disanjungi rakyat atas segala sumbangan kepada negara. Sedangkan semasa kepimpinan Tunku Abdul Rahman pun, rancangan politik licik beliau untuk merampas kuasa telahpun membuat beliau terkenal. Beliau telah dikecam oleh Perdana Menteri pertama itu kerana memberontak. Sehingga kini, Tun Mahathir masih menjadikan musuh-musuh beliau 'popular secara negatif' dengan memusnahkan reputasi mereka, sepertimana yang beliau telah lakukan ke atas Anwar Ibrahim. Walaubagaimanpun, beliau lupa pada hakikat bahawa kecekalan dan kesabaran Anwar Ibrahim akan menjuarai segalanya meskipun beliau terus-terusan menindas pemimpin PKR itu. Justeru, macam mana pula Tun Mahathir boleh melabel Anwar Ibrahim sebagai "tidak popular" sedangkan diri beliau sendiri sudah kehilangan populariti di kalangan pengundi-pengundi Malaysia dek kerana sifat sombong dan tamak beliau? Semua ini ironis. 

By Adillah Jaafar


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mahathir perlu lihat diri dalam cermin bila beliau kata Anwar tidak popular untuk mengetuai Pembangkang

No comments:

Post a Comment