Sunday, July 5, 2020

Parti “AAD” Tun Mahathir sepatutnya ditubuhkan lebih awal sebelum Bersatu agar dunia politik beliau tidaklah segelap kini

  Malaysian Mirror       Sunday, July 5, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Pada 12 Jun 2020, Tun Mahathir berkongsi satu kenyataan di media sosial beliau mengenai ‘rancangan’ beliau untuk menubuhkan satu parti Melayu yang dipanggil “AAD” (Apa Aku Dapat), yang merupakan satu sindiran yang ditujukan kepada sesiapa sahaja atau musuh-musuh politik beliau yang kini sedang bercita-cita tinggi mendapatkan kuasa dan kedudukan. Sindiran ini merupakan satu gurauan bagi mereka yang faham, namun pihak media pula mengambil ia dengan serius seolah-olah beliau benar-benar mahu membina sebuah legasi politik baharu beliau.

Tun Mahathir dilihat semakin tertekan dengan situasi kini apabila lebih banyak suara-suara lantang menidakkan kenyataan beliau dan mempersendakan beliau dengan pelbagai cara,  semata-mata untuk membuat beliau sedar bahawa beliau sudah tidak diperlukan dan tidak relevan lagi untuk memimpin negara atau berada dalam politik. Ramai juga yang menyindir beliau kerana membela anak sendiri iaitu Dato’ Seri Mukhriz, yang dilihat tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan diri sendiri. Mungkin adalah tidak adil untuk Tun Mahathir bila rakyat menerima bulat-bulat segala cemuhan itu, namun ini sahajalah cara untuk mereka tahu tentang rasa kecewa atau penentangan rakyat yang tidak dapat diluahkan melalui sebarang perhimpunan protes beramai-ramai disebabkan oleh Covid-19. Dan ketika beliau menyatakan buah fikiran beliau secara sinis, beliau tahu bahawa beliau tidak lagi mahu didengar oleh rakyat, lebih-lebih lagi bila mereka sudah lebih gembira dengan peruntukan kewangan yang diberi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui kerajaan Perikatan Nasional (PN). Dan lebih menyedihkan, rakyat dilihat semakin selesa dengan kemunculan semula Dato’ Seri Najib Razak yang kleptokratik bersama keturunannya, terutama semasa lawatan beliau ke sekitar Chini, Pahang dalam kempen calon Barisan Nasional (BN) iaitu Mohd Shahrim Md Zin yang bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan itu awal Julai ini. Kenyataan Tun Mahathir yang berikutnya di laman media sosial beliau pada 13 Jun 2020 tentang kerajaan Muhyiddin Yassin yang rapuh yang berkait rapat dengan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang korup turut mendapat tohmahan daripada rakyat yang tidak henti-henti meminta beliau bersara dari politik. Apa lagi yang beliau boleh lakukan?

Mungkin sekiranya Tun Mahathir sudah lebih awal tubuhkan parti AAD itu untuk orang Melayu menjadi lebih kaya, beliau dan anak lelaki beliau pastinya tidak akan mengalami zaman kegelapan pada hari ini. Mungkin sekiranya beliau buat sepertimana yang Muhyiddin Yassin buat sekarang di bawah PN, Tun Mahathir pastinya sudah berjaya mengekalkan kedudukan beliau tanpa mendapat sebarang tentangan. Walaubagaimanapun, ini hanyalah angan-angan beliau sahaja yang mana tidak akan dipersetujui rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jika difikirkan dalam-dalam, kekalutan politik sejak Februari lalu akibat keputusan gila beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan penentangan rakyat terhadap beliau juga merupakan satu ‘legasi’ yang beliau boleh bawa sampai mati. 

By: Adilah Jaffar

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Parti “AAD” Tun Mahathir sepatutnya ditubuhkan lebih awal sebelum Bersatu agar dunia politik beliau tidaklah segelap kini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment