Thursday, April 30, 2020

Peruntukan Belanjawan Yang Tidak Mencukupi - Perdana Menteri Yang Tidak Berhati Perut

  Malaysian Mirror       Thursday, April 30, 2020


Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata hari ini bahawa SOP baharu yang digerakkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dijalankan di zon hijau dan yang menarik perhatian adalah kebenaran operasi premis pajak gadai. Tetapi mengapa premis pajak gadai dibenarkan beroperasi sedangkan pajak gadai bukan suatu perkhidmatan asas?

Hakikatnya sekarang, rakyat hanya dibenarkan keluar sekitar kawasan mereka sahaja, mereka masih tidak boleh keluar bekerja, dan pembayaran balik pinjaman mereka dibekukan, dan sekolah dan perniagaan masih lagi ditutup, sedangkan mereka sangat perlukan wang untuk membeli makanan.  Dan menjelang Hari Raya tidak lama lagi, pengusaha kedai jahit masih tidak dapat menerima tempahan. Jadi kenapa pajak gadai suatu perkhidmatan asas?

Semasa pengumuman Pakej Ransangan Bantuan Prihatin, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi jaminan bahawa sebuah keluarga B40 akan menerima RM2,200-00 semasa jangka waktu Perintah Kawalan Pergerakkan yang akan berlanjutan selama 56 harı. Maka, sebuah keluarga B40 dengan empat orang akan menerima kurang RM40-00 shear untuk membayar makanan tiga kali, kos Hari rumah dan kos bil air dan elektrik. Adakah ini memadai bagi sebuah keluarga dengan empat orang? Jawapannya terkandung di dalam ucapan Ismail Sabri. Kerajaan mendapati ianya mustahil dan ingin memberi keluarga B40 cara tambahan untuk menghabiskan simpanan mereka. Pada kali pertama Kerajaan membenarkan keluarga B40 mengeluarkan RM500-00 daripada simpanan KWSP mereka dan sekarang mereka boleh menggadaikan barang kemas mereka untuk menampung kehidupan mereka dan perayaan Hari Raya.

Kenapa Perdana Menteri kita tidak berhati perut? Sebenarnya, rakyat dan perniagaan menderita. Pinjaman PKS di bawah pakej ransangan telah dihabiskan oleh individu yang mempunyai hubungan rapat. Perniagaan terus membayar sewa yang besar dengan pendapatan sifar. Suntikan fiskal sebanyak RM10 Bilion oleh kerajaan selama PKP terlalu sedikit untuk membolehkan keluarga B40 mendapat makanan.

Pengabaian penderitaan ini yang tidak berhati perut,  membuktikan beliau tidak prihatin rakyat tetapi lebih suka bermain politik untuk menyelamatkan kuasa membeli ahli Parlimen.  Kalau tidak, kenapa beliau takut mengadakan persidangan Parlimen untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi meringankan penderitaan rakyat?

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Peruntukan Belanjawan Yang Tidak Mencukupi - Perdana Menteri Yang Tidak Berhati Perut

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment