Sidang Parlimen pada 18 Mei ini bakal menempa sejarah dan juga bakal menjadi bahan lawak yang tidak mudah dilupakan. Gurauan apakah yang bakal rakyat Malaysia saksikan ketika mereka masih dikurung di dalam rumah masing-masing oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Kenyataan Perdana Menteri dalam satu wawancara mengatakan bahawa beliau tidak punya masa untuk bermain politik dan kesihatan orang awam adalah keutamaan beliau tidak masuk akal. Bukankah beliau bermain politik ketika beliau bersekongkol dengan puak Dato' Seri Azmin Ali dalam Langkah Sheraton Part 1 yang menyebabkan negara tiada kerajaan buat beberapa hari? Bukankah politik beliau telah menjadi punca penyebaran luas wabak penyakit Covid-19 di kalangan masyarakat Islam? Bukankah beliau yang melantik Ahli Parlimen menjadi pengerusi GLC semasa PKP?
Penafian atau penipuan beliau yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia sudah muak dengan politik adalah hanya angan-angan sedangkan rakyat Malaysia terpenjara di dalam rumah mereka; menghalang mereka meluahkan rasa marah dan kebencian mereka terhadap pengkhianatan yang beliau lakukan.
Tidak syak lagi, beliau akan memanjangkan tempoh kawalan pergerakan sehingga June untuk terus mengurung rakyat Malaysia yang kononnya dibuat atas dasar mengawal penyebaran virus semasa bulan Ramadhan dan perayaan Hari Raya. Akan tetapi, niat sebenar beliau mestilah jelas diketahui oleh pengundi Malaysia - untuk melengahkan sidang Parlimen sehingga beliau berjaya memperolehi undi percaya. Sementara itu menghalang sebarang demonstrasi penentangan daripada rakyat.
Pastinya sidang Parlimen sehari itu akan menjadi satu kejutan besar dengan adanya wakil Parti Bersatu yang duduk di kedua-dua bahagian dewan. Meskipun Muhyiddin ingin duduk bersama kumpulan lebih besar yang diketuai oleh Azmin Ali, bersama-sama penjenayah seperti Najib Razak, Tengku Adnan dan Ahmad Zahid; secara ironinya langkah Sheraton Part 2 yang sedang diusahakan oleh Azmin Ali bakal menjadi satu kejutan yang lebih besar. Sanggupkah Muhyiddin menghadapi Azmin Ali dan Tun Mahathir yang bakal duduk bersama Pakatan Harapan, Warisan dan Hishamudin menggesa undi tidak percaya di hadapan Agung?
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
Terdesak sgt ke sampai upah adlink untuk sebar blog bodoh ni?
ReplyDeleteReason why i call this blog, STUPID? Coronavirus bukan buat main2. Kalo ko yg buat artikel ni, BENAK pasal global isu, better delete je blog ni.
Noob.
Tah bodoh sangat... "Mengurung rakyat malaysia utk mgelak kejahatan kpala bana pa weii" punca pnyebaran covid 19 ni cakap pkai otak plzz covid 19 ni bkn kt malaysia ja hanat, sluruh dunia mgalami bodo apa cakap pkai otak bkan pkai tgn.
Deleteadlink pun jadi medan berpoltik.tunggu pru 15 la tak lama lagi.masa tu kita boleh tgk rakyat suka atau tidak dgn PH ni..
ReplyDelete