Sunday, May 17, 2020

Apa lagi yang Muhyiddin boleh buat untuk selamatkan dirinya?

  Malaysian Mirror       Sunday, May 17, 2020


Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya tidak senang duduk kini memandangkan 18 Mei semakin hampir. Patutkah beliau hanya bertenang meskipun usul tidak percaya terhadap beliau oleh Tun Mahathir berjaya dihalang dari dibincangkan dalam Parlimen Isnin nanti?

Pada hujung minggu lalu, Tun Mahathir telah memberi gambaran jelas untuk berganding bahu dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan semula mandat rakyat yang telah dimenangi pada 9 Mei 2018, sementara satu kem dalam UMNO sedang giat berusaha untuk menyingkirkan presidennya Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Apa lagi selepas ini? Sebagai sebuah kerajaan yang tidak diperakui rakyat, ke mana lagi Muhyiddin Yassin hendak mendapatkan pertolongan? Secara teknikal, PAS kini sangat selesa di bawah Perikatan Nasional (PN) di mana sebahagian besar pemimpinnya telah mendapat jawatan-jawatan istimewa dan GLC. Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin UMNO, yang pernah menyalak-nyalak Muhyiddin Yassin sebelum ini, kini ‘disenyapkan’ setelah dihujani dengan lebih banyak tawaran jawatan utama GLC, antaranya TNB untuk Datuk Seri Mahdzir Khalid, Parasarana untuk Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman dan Felda untuk Dato’ Seri Idris Jusoh.

 Dapatkah ‘pembelian maruah’ individu-individu ini menjamin Muhyiddin Yassin untuk terus berkuasa? Spekulasi mengatakan bahawa PN sudahpun mendapat lebih dari majoriti sokongan untuk terus memerintah di sisi Barisan Nasional (BN), PAS, GPS dan parti bebas. Meskipun Muhyiddin Yassin boleh menarik nafas lega dengan perkiraan ini, tidak mustahil untuk apa sahaja yang boleh menjahanamkan beliau boleh berlaku dalam beberapa hari ini. Mungkinkah beliau akan lari ke pangkuan UMNO melalui Zahid Hamidi atau Mohamad Hasan? Atau patutkah beliau menyerah diri kepada PH dan mereka yang berhak demi kepentingan rakyat? Hanya masa yang akan menentukan semua ini.



An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Apa lagi yang Muhyiddin boleh buat untuk selamatkan dirinya?

No comments:

Post a Comment