Wednesday, May 20, 2020

Bukankah Muhyiddin sepatutnya beri tempat duduk utama di Parlimen kepada UMNO dan GPS, bukan Azmin?

  Malaysian Mirror       Wednesday, May 20, 2020


Titah Diraja oleh DYMM Agong sempena sidang Parlimen sehari pada 18 Mei telah mendapat sambutan yang baik di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat. Kedua-dua belah pihak telah memenuhi barisan masing-masing, di mana barisan Perikatan Nasional (PN) telah diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala Pakatan Harapan (PH) oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Namun yang agak mengejutkan, tempat duduk di sebelah Muhyiddin Yassin telah diambil oleh Dato’ Seri Azmin Ali, iaitu orang yang bertanggungjawab atas Langkah Sheraton pada Februari lalu, yang mana turut memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin untuk dilantik menjadi Perdana Menteri. Semua ahli Parlimen tahu bahawa kerusi kedua di barisan hadapan itu selalunya dikhaskan buat Timbalan Perdana Menteri, namun jawatan tersebut tidak diadakan oleh Muhyiddin Yassin pada kali ini, sebaliknya digantikan oleh empat Menteri Kanan untuk mengurus negara. Jadi, mengapa pula Azmin Ali yang duduk di situ?

Persoalannya, mengapa kerusi kedua utama tersebut diberikan kepada Azmin Ali dan bukan kepada Dato’ Seri Ismail Sabri atau mana-mana pemimpin utama UMNO yang mempunyai lebih banyak kerusi Parlimen dan menyokong Muhyiddin Yassin? Kekecohan yang berlaku sebelum Parlimen mula bersidang menunjukkan bahawa sebilangan besar ahli dewan agak keliru dengan kedudukan tempat duduk mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO semestinya bingung tentang mengapa mereka tidak diberikan tempat duduk utama. UMNO pastinya marah dan tidak puas hati apabila Azmin Ali duduk di sebelah Perdana Menteri seolah-olah ianya satu isyarat bahawa beliau akan menjadi perdana menteri yang seterusnya. Jika itulah gayanya, adakah UMNO boleh menerima Azmin Ali yang kurang kewibawaan jika dibanding dengan Ismail Sabri? Bagaimana pula dengan GPS yang telah memberikan sokongan paling penting kepada Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan kerajaan? Mengapa mereka tidak pula diberi peluang untuk duduk dekat dengan Perdana Menteri? Di manakah harga diri mereka? Adakah Muhyiddin Yassin tidak ambil peduli tentang kemahuan mereka?

Muhyiddin Yassin agak bernasib baik kerana DYMM Agong telah memberi lampu hijau kepada beliau semasa sidang Parlimen Isnin itu. Namun begitu, gerak tubuh Muhyiddin Yassin sendiri nampak tidak selesa, sentiasa menundukkan kepala dan terus meninggalkan dewan dengan segera sejurus tamat titah Diraja, menunjukkan bahawa beliau tidak berani bertentang mata dengan pihak pembangkang. Sifat pengecut beliau sangat terserlah di hari pertama sidang Parlimen itu.


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Bukankah Muhyiddin sepatutnya beri tempat duduk utama di Parlimen kepada UMNO dan GPS, bukan Azmin?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment