Monday, May 25, 2020- Sebuah rakaman kurang dari dua minit yang dikatakan dibuat semasa mesyuarat Majlis Tertinggi parti Bersatu pada 23 Februari lalu mendedahkan kata-kata Tun Mahathir tentang rancangan parti tersebut untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH), bergabung dengan UMNO, dan menyusun strategi untuk sebuah “kerajaan pintu belakang”.
Kedengaran dalam klip tersebut, beliau menyatakan beberapa cadangan yang mengejutkan, antaranya, ketidaksukaan beliau terhadap DAP dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tun Mahathir juga kedengaran membuat keputusan untuk membawa Bersatu keluar dari PH, diikuti suara persetujuan ahli yang hadir. Meskipun klip tersebut diikatakan telah diubahsuai dan dinafikan kebenarannya oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengaku hadir dalam mesyuarat tersebut, sesiapapun waima anak kecil boleh mengenalpasti ketulenan bunyi rakaman tersebut dan suara “Atok”. Yang menarik perhatian adalah kata-kata Tun Mahathir yang “tidak suka pada DAP dan Anwar” dan tiada pun penafian dibuat ke atas dakwaan itu. Beliau cuma kata ianya telah diubahsuai. Hipokrasi apakah yang cuba beliau tunjukkan kepada rakyat?
Kemudian timbul pula laporan yang mendakwa peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai pengerusi Februari lalu adalah sah menurut Pendaftar Syarikat (ROS), dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku jawatan tersebut secara sah. Ini membuktikan bahawa beliau tidak lagi mempunyai kuasa ke atas parti itu, yang mana merupakan satu tamparan hebat kepada beliau kerana beliau sendiri yang menubuhkan parti tersebut. Melalui peguam beliau, Haniff Katri, beliau telah bertindak untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan membatalkan peletakan jawatan beliau dan beliau masih pengerusi parti tersebut. “Hilang akal” adalah label yang boleh diberi kepada beliau ketika ini, manakala “letih” adalah reaksi rakyat terhadap beliau.
Jelaslah kini Tun Mahathir kini terpaksa menghadapi musuh yang sama padan yang sanggup buat kerja gila sepertimana beliau pernah lakukan dahulu. Maksudnya, jika beliau tergamak menyebarkan rakaman video sensasi antaranya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau Dato’ Seri Azmin Ali, kini musuh beliau menggunakan taktik yang sama untuk menjatuhkan beliau. Dalam erti kata lain, rentak permainan beliau kini dimainkan oleh pihak lain. Rakyat Malaysia pastinya boleh menghakimi sendiri klip tersebut dengan bijak tanpa perlu diberitahu. Tun Mahathir sememangnya seorang insan yang bermuka-muka yang mengubah-ubah kata kepada pendengar yang berlainan. Dari klip tersebut, sesiapapun boleh membuat kesimpulan ke atas kekalutan politik kini – perpisahan antara Bersatu dan PH, percubaan mengalahkan Anwar Ibrahim dalam PH, kepura-puraan beliau terhadap DAP – adalah di antara perbuatan beliau untuk menyorok kesilapan yang beliau telah lakukan. Beliau sudah lupa bahawa rakyat Malaysia sudah letih dengan beliau dan rakan politik mahukan kerjaya politik beliau terus tamat. Lebih kuat beliau bergelut untuk cuba melepaskan diri dari ‘ikatan’ dalam politik, lebih banyak ‘parut’ yang beliau peroleh, dan ianya akan kekal sampai bila-bila. Siapa lagi yang patut disalahkan atas kekusutan politik sejak peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri? Walaupun beliau dakwa klip itu telah diubahsuai, rakyat pastinya sudah meragui beliau apabila sudah tahu beliau yang menjadi dalang kepada kemelut yang ada, telah tersalah langkah, dan kini mencuba gila-gila untuk untuk membalas dendam kepada mereka yang telah menggagalkan usaha beliau.
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

The spoiler of malay unity and we doesnt need you anymore Atok..
ReplyDelete