Klip audio yang dirakamkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi parti Bersatu pada 23 Februari lalu, yang mana didakwa oleh Tun Mahathir dan kem beliau telah diubahsuai, didapati berbunyi tulen pada telinga rakyat. Klip tersebut mendedahkan perbincangan Tun Mahathir tentang rancangan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan telah ‘dipersetujui’ oleh yang hadir. Juga kedengaran dalam klip tersebut, kata-kata beliau yang tidak sukakan DAP dan presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan parti tersebut memerlukan lebih masa untuk bekerjasama dengan UMNO, yang mana beliau dakwa sebagai “mudah berubah-ubah”.
Pada masa yang sama, setiausaha agong parti tersebut, Datuk Marzuki Yahya telah memberitahu media pada 24 Februari bahawa mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk keluar dari PH. Konsesi tersebut, walaubagaimanapun, telah dinafikan oleh Tun Mahathir pada sebuah sidang akhbar pada 18 Mei. Mengapakah beliau menukar pendirian beliau terhadap pengesahan yang dibuat oleh Marzuki Yahya hanya selepas lebih dari dua bulan? Semestinya makluman yang dibuat oleh Marzuki Yahya itu telahpun mendapat kebenaran pengerusi seperti yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Bersatu. Perlu diingatkan bahawa Marzuki Yahya ini juga merupakan orang yang sama yang telah memaklumkan media tentang penolakan peletakan jawatan Tun Mahathir! Hakikatnya, Tun Mahathir telah melantik beliau menjadi Senator dan Timbalan Menteri Luar tanpa sebarang kelayakan dan kredibiliti melainkan hanya kerana beliau setia kepada mantan perdana menteri itu. Mana mungkin beliau bertindak di luar kemahuan Tun Mahathir?
Apakah langkah Tun Mahathir seterusnya? Mungkin mengaku kalah? Atau kempen simpati? Atau lebih banyak lagi menuding jari pada pihak lain? Atau berlagak seperti mangsa? Beliau mungkin sedang merangka strategi dan memanjangkan tangan-tangan beliau di semua tempat, termasuklah kemungkinan menumpang nasib dengan Amanah selepas Pendaftar Syarikat (ROS) memansuhkan kelayakan beliau sebagai pengerusi Bersatu, yang mana membuatkan beliau dan pengikut beliau tiada parti dan seterusnya terkeluar dari PH.
Nampaknya akan berlakulah perang tiga penjuru untuk memenangi jawatan perdana Menteri antara Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Najib Razak yang korup. Najib Razak sudahpun menyelinap masuk ke dalam Perikatan Nasional (PN) dengan membeli sebahagian besar ahli Parlimen UMNO dengan wang ringgit dan jawatan terutama apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan. Najib Razak juga sanggup memperjudikan diri untuk mengadakan satu pilihanraya umum bersama PAS, MCA dan MIC. Persoalannya sekarang, siapakah yang boleh rakyat percaya? Manipulasi media oleh kem-kem berlainan dalam Bersatu sudah tidak terkawal. Hanya mereka yang mengikuti perkembangan politik dengan teliti sahaja yang dapat membezakan antara kebenaran dan pembohongan, tetapi bagaimana pula khalayak umum? Patutkah Tun Mahathir dibenar mendapatkan semula pengaruh beliau di kalangan pengundi PH yang telah dikecewakan oleh beliau dengan peletakan jawatan beliau yang tidak patut dan tidak berasas itu?
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

Pembohongan Malaysian Mirror
ReplyDeleteMungkin kamu mempunyai bukti berkaitan Mahathir dan org2 PPBM, tetapi berkaitan Najib hanya andaian saja, tiada bukti
ReplyDelete