Saturday, May 30, 2020

Mahathir kepada Mukhriz: “Biar ayah yang selesaikan demi kamu, anakku”

  Malaysian Mirror       Saturday, May 30, 2020
#democracy #politics #democracynow #democracy2020 #malaysianmirror #UmmahIslamiahMalaysia #Democratic #Movement #Malaysiakini #Malaysia #malasiyatiktok #tiktokmalasiya #ANWARUNTUKPM-9

Dalam perkongsian media sosial beliau baru-baru ini, Tun Mahathir mengecam kerajaan baharu Kedah yang diketuai oleh Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor kerana membuka semula konsesi pembalakan di negeri itu. Sedang yang lain menuduh kerajaan baharu negeri itu cuba mengikuti jejak langkah negeri jiran yang diperintah oleh PAS iaitu Kelantan, Tun Mahathir mendesak keadilan ditegakkan di Kedah agar kehidupan para petani dan rakyat negeri itu dapat diselamatkan daripada “pembalak yang tamak”. Perkataan “tamak” tidak sepatutnya beliau gunakan untuk mengecam kerajaan negeri Kedah kerana perkataan itu adalah imbasan sifat beliau sendiri. Perkongsian beliau itu jelas menunjukkan amarah beliau terhadap Perikatan Nasional (PN) yang telah menyingkir anak kesayangan beliau, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dari jawatan MB. Perbuatan “melindungi sang anak” ini nyata mempamerkan kelemahan dan ketiadaan kredibiliti dalam diri Mukhriz Mahathir yang mana sering terpaksa diperbetulkan oleh si ayah. Memalukan betul.

Walaubagaimanapun, Tun Mahathir tidak akan membenarkan sesiapun usik Mukhriz meskipun terang-terangan beliau memiliki banyak kelemahan. Seperti yang berlaku sebelum ini, Tun Mahathir seringkali mengulangi perkara yang sama demi anak beliau. Soalnya, berapa lamakah beliau dapat terus berbuat begini demi Mukhriz? Bagaimana pula dengan kecuaian yang dilakukan oleh Mukhriz Mahathir ke atas Kedah semasa diberi peluang dua kali menjadi MB negeri itu? Lebih nyata, ketidaksanggupan Mukhriz untuk tinggal di Kedah sudahpun jelas menunjukkan bahawa beliau tidak sudi dekat dengan rakyat negeri itu. Dalam populasi rakyat negeri itu yang mencecah 4 juta, masih ramai lagi penduduk yang tiada tempat tinggal yang selesa, tidak cukup makan, malah masih berjuang untuk terus hidup.

Ketidakmampuan Tun Mahathir untuk menggoncang Muhyiddin Yassin pada masa ini tidak menyenangkan hati beliau, walaupun beliau dakwa sudah mempunyai sokongan 112 ahli Parlimen yang mencukupi untuk mencabar presiden Bersatu itu. Satu-satunya jalan untuk beliau naik semula berkuasa adalah DYMM Agong, namun bolehkah beliau melakukannya setelah memalukan negara dengan peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri pada Februari lalu? Semua perlu ingat bahawa DYMM Agong telahpun mengulangkata kepada semua ahli Parlimen tentang proses yang terpaksa dilalui oleh Tuanku setelah gagal memujuk Tun Mahathir agar tidak meletak jawatan. Adakah Tun Mahathir tidak sedar bahawa Tuanku harus berbincang dengan Muhyiddin Yassin terlebih dahulu meskipun beliau ada bukti sokongan majoriti kepada beliau untuk dipersembahkan kepada Tuanku? Adakah beliau fikir Tuanku sanggup meletak risiko ke atas rakyat dan negara dengan mengadakan pilihnraya umum di waktu wabak Covid-19 ini? Sudahkah beliau lupa bahawa Muhyiddin Yassin disokong padu oleh Tuanku? Apa lagi idea yang beliau ada dalam rancangan beliau untuk mendapatkan apa yang beliau impikan?


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mahathir kepada Mukhriz: “Biar ayah yang selesaikan demi kamu, anakku”

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment