Tuesday, May 19, 2020

Mahathir perlukan “oksigen DAP” untuk terus bernyawa dalam politik

  Malaysian Mirror       Tuesday, May 19, 2020


Tun Mahathir kini sedang susah bernafas tanpa bantuan daripada DAP dalam rancangan beliau untuk diam-diam menyingkir Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin mendapat sokongan untuk membentuk Perikatan Nasional (PN). Enam parti iaitu Bersatu, Barisan Nasional (BN), PAS, GPS, PBS dan STAR sudahpun menyatakan sokongan kepada PN pada 17 Mei dan anak Tun Mahathir iaitu Dato’ Seri Mukhriz Mahathir telah secara rasminya dikalahkan oleh pemimpin PAS Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah pada hari yang sama, merupakan tamparan yang hebat kepada beliau. Luka beliau itu semakin berdarah apabila anak didik beliau, Dato’ Seri Azmin Ali, telah bertindak menikam beliau dari belakang dengan usaha menjatuhkan Mukhriz Mahathir di Kedah dengan menarik keluar dua ADUN PKR dari parti itu untuk terus menyokong PN. Dan semasa sidang Parlimen sehari, beliau menerima tamparan hebat apabila DYMM Agong mengulas tentang proses yang Tuanku lalui untuk memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana Menteri, yang mana turut memberi bayangan kepada Tun Mahathir untuk tidak mempersoalkan kuasa dan keputusan Tuanku dengan memberi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Sejauh mana lelaki 94 tahun ini boleh menahan sakit di dada?

Perjanjian yang ‘tampak mesra’ Tun Mahathir dalam kerjasama beliau dengan Anwar Ibrahim dalam PH untuk memenangi kembali mandat rakyat yang diperoleh semasa PRU14 amatlah diragukan. Beliau tidak pernah mahukan Anwar Ibrahim berada di sisi beliau, apatah lagi mengatasi beliau. Bolehkah beliau bekerja dengan presiden PKR itu, atau beliau hanya berpura-pura sahaja? Berapa lamakah beliau mampu memakai topeng hipokrit beliau? Ramai yang percaya bahawa putaran gila ala-diktator beliau itu akan berterusan apabila beliau berjaya mendapat sokongan DAP, yang nyatanya diusahakan melalui strategis beliau yang obses iaitu Lew Chin Tong dan beberapa yang lain. Namun begitu, bolehkah rakyat Malaysia terima semua ini? Bolehkah orang Melayu hanya berdiam diri dengan semua kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri ke-7 itu yang bersifat provokatif dan mencalar maruah mereka dan menafikan sejarah? Ini tidak sepatutnya berlaku.

Dek kerana ketamakan dan rasa tidak bertanggungjawab Tun Mahathir, PN sudahpun mendapat sokongan enam parti untuk penubuhannya, manakala PH terus serius untuk memenangi mandat rakyat semula bersama Anwar Ibrahim. Yang lebih memalukan lagi, titah DYMM Agong seakan menegur Tun Mahathir tentang peletakan jawatan beliau yang akhirnya membawa kepada pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Rasakan, Tun Mahathir! Salah siapa semua ini terjadi kalau bukan beliau yang melepaskan tanggungjawab beliau kepada negara tempohari? Apa yang lebih mengejutkan pada hari ini adalah demi anak beliau, Bersatu tidak pernahpun meninggalkan PH lalu terus mencuba berpaut pada parti gabungan itu.

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mahathir perlukan “oksigen DAP” untuk terus bernyawa dalam politik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment