Thursday, May 21, 2020

Mengapa Lew Chin Tong terlalu obses dengan Mahathir?

  Malaysian Mirror       Thursday, May 21, 2020


Memoir Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh pakar strategi DAP, Lew Chin Tong, agak menyentuh perasaan kita. Namun ianya juga seperti seolah telah diolah semula dan diubahsuai oleh seseorang yang terdesak untuk menghancurkan Perdana Menteri ke-8 yang telah memalukan dan menyebabkan kesengsaraan kepada  beliau. Orang itu semestinya Tun Mahathir. Mengapa Lew Chin Tong masih mengampu orang tua berumur 94 tahun ini?

Senang cerita, Tun Mahathir dan Lew Chin Tong mempunyai hubungan yang amat istimewa, Ahli  DAP ini adalah antara insan yang bertanggungjawab melaksana strategi Pakatan Harapan (PH) untuk menumpaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri Johor semasa PRU14 pada tahun 2018.  Ternyata Tun Mahathir masih memerlukan DAP untuk mendapatkan semula kuasa kepimpinan PH dan negara. Melalui video-video beliau, Tun Mahathir telah berulangkali memberi gambaran tentang kebaikan DAP dalam usaha memerangi kerajaan BN yang korup dan menyatakan kebodohan orang yang mempercayai UMNO. Dan sekali lagi untuk kembali ke PH dan mendapatkan semula kuasa untuk menyingkir Anwar Ibrahim, Tun Mahathir perlu sekali lagi mengampu DAP melalui Lew Chin Tong.

Hasilnya, yang pastinya akan menguntungkan strategis DAP ini, Lew Chin Tong terus memujuk DAP untuk menyokong Tun Mahathir dengan mendedahkan kelemahan Muhyiddin Yassin dan kekuatan Tun Mahathir sehingga berjaya memenangi PRU14 dan tertubuhnya Bersatu dan PH dengan bantuan DAP.  Uniknya, Muhyiddin Yassin dikatakan mempunyai dua watak yang berlainan seperti di dalam kisah “Dr. Jekyll dan Mr. Hyde” yang hanya terserlah setelah berlakunya Langkah Sheraton dalam bulan Februari lalu yang berjaya menjadikan beliau dipilih sebagai PM ke-8. Namun, bukankah satu kebiasaan bagi sesiapa sahaja yang mahu berjaya dalam politik untuk memiliki pelbagai watak? Tun Mahathir adalah salah satu contoh terbaik. Adakah Lew Chin Tong cuba mengatakan bahawa Tun Mahathir juga begitu? Kenapa beliau terlalu teruja menghentam Muhyiddin Yassin dan bukan mana-mana pemimpin DAP dan PH yang lain? Mengapa memoir beliau tentang Muhyiddin Yassin itu seakan menyahut kenyataan Tun Mahathir mengenai DAP kalau  beliau  tidak  obses kepada orang tua itu? Adakah beliau mengharapkan suatu ‘upah’ yang lebih besar daripada Tun Mahathir dan PH? Kita akan ketahui ini semua tidak lama lagi.

Sebagai seorang strategis, tidakkah Lew Chin Tong rasa bahawa Tun Mahathir seorang penipu? Pertama, bagaimanakah Tun Mahathir boleh mendakwa bahawa beliau hilang kepercayaan atau sokongan untuk terus menjadi Perdana Menteri ke-7 bila Bersatu keluar dari PH, sedangkan pada masa itu PH ada 113 kerusi (DAP 42, PKR 50, Warisan 10, dan Amanah 11). Kiralah betul-betul, PH. Dato’ Seri Azmin Ali hanya keluar dari PKR selepas Tun Mahathir letak jawatan. Kedua, mengapa mesti Tun Mahathir dakwa bahawa beliau hanya akan serah jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim selepas presiden PKR itu memiliki sokongan majoriti dalam Parlimen sedangkan apa yang beliau perlu lakukan adalah hanya merelakan Anwar Ibrahim mengetuai PH dan memperakui presiden PKR itu sebagai perdana menteri?


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mengapa Lew Chin Tong terlalu obses dengan Mahathir?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment