Rakyat Malaysia telah membuat pilihan pada 2018 apabila mereka mahukan satu perubahan besar kepada pentadbiran negara yang bebas dari kerajaan Barisan Nasional (BN) yang korup. Setelah BN dikalahkan, negara melalui satu cara pentadbiran yang segar dan baharu di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah membuatkan beberapa pemimpin politik terkemuka berulang-alik ke sesi perbicaraan mahkamah. Sayangnya, sedang semua menanti keputusan mahkamah yang sepatutnya, beberapa turutan kes menyaksikan pembebasan yang tertuduh, terutama yang melibatkan anak tiri Dato’ Seri Najib Razak, iaitu Riza Aziz melalui rayuan tawar-menawar. Dalam satu laporan media baru-baru ini, Kadir Jasin memberitahu bahawa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat seakan-akan mirip kepada BN kerana berlakunya lebih banyak tawaran and pemberian jawatan utama GLC kepada ahli Parlimen UMNO dan Najib Razak sebagai dalangnya.
Mengapa Muhyiddin Yassin merelakan semua ini terjadi sedangkan sebahagian daripada individu yang beliau dokong sekarang merupakan mereka yang telah menjahanamkan belian suatu masa dahulu? Apa sudah jadi dengan kata-kata beliau yang mahu menentang gejala rasuah dan individu-individu kleptokrat? Tidakkah perbuatan ini bertentangan dengan amanat DYMM Agong pada 18 Mei di Parlimen? Negara melihat gaya pentadbiran beliau kini seolah menyamai pentadbiran BN. Adakah rakyat Malaysia mahu lalui kehidupan ala-BN sekali lagi? Adakah beliau mahu menghidupkan gen UMNO beliau semula? Rakyat Malaysia tidak akan berasa selamat hanya dengan mempertahankan ketuanan Melayu dan ideologi kabinet Melayu/Muslim kerana ketamakan merupakan salah satu sifat yang dikatakan menyatukan orang Melayu.
Ini samalah juga dengan ketidakadilan undang-undang yang berlaku baru-baru ini semasa PKP di mana terdapatnya perbezaan besar antara hukuman ke atas rakyat biasa dan orang kenamaan. Bolehkah rakyat Malaysia terus bersabar dengan semua ini? Muhyiddin Yassin sememangnya beruntung kerana tidak perlu menghadapi tentangan terbuka daripada rakyat kerana wabak Covid-19 yang berlaku sekarang, tidak seperti tentangan rakyat yang berlaku di masa lampau di mana mereka turun di jalanan untuk memaksa kerajaan BN berundur. Jika tidak kerana terperangkap di dalam rumah masing-masing, Muhyiddin Yassin sudah pasti mendapat tentangan hebat daripada rakyat. Tidakkah beliau lihat risiko yang bakal timbul apabila beliau bersekongkol dengan Najib Razak dan keluarganya yang tamak harta?
Tiada sebab lain bagi Muhyiddin Yassin selain untuk mendapatkan dan mengekalkan pengaruh dan kuasa politik dengan menjadi perdana menteri. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui apa bentuk perjanjian yang telah beliau buat dengan Najib Razak sehinggakan beliau berjaya mendiamkan sebilangan besar pemimpin UMNO yang pada mulanya mengkritik beliau sebagai perdana menteri. Walaubagaimanapun, pastinya ini telahpun dipersetujui bersama antara mereka berdua apabila Langkah Sheraton yang diketuai oleh Dato’ Seri Azmin Ali terjadi. Meskipun Muhyiddin Yassin tidak berapa sihat dan kini dikuarantin kerana Covid-19, kerajaan seakan mirip BN ini akan terus diuruskan oleh Azmin Ali dengan bangganya walaupun dia sering bungkam dari radar media. Apa lagi yang Azmin Ali mahu? Sememangnya jawatan perdana menteri menjadi rebutan semua, tetapi rakyat Malaysia mahukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai dan prihatin terhadap mereka. Adakah perebutan kuasa ini akan berakhir tidak lama lagi?
All the happening in Malaysia, as resulted Muhiddin was not the faverote to most of PN MP. WITH NO CHOICE MUHIDDIN HAS TO PLAY A ROLE OF UMNO BY GIVING POST TO ALL MP AS GLC DIRECTORS, OF WICH HE WAS REST ASSUED OF CONTINUING SUPPORT FROM ALL MP, BUT HE FORGOT THE SARAWAK WAS AGAINST ANY COLIATION, WITH WAS THEN SEEN OPEN FOR BET FOR ANUAR TO TAKE CONTROL OF THE MP AND WITH PH WITH 92 AND 18 FROM GPS 120 PLUS 6 PPBM WILL BE 126 OVERALL. THIS GIVE ANUAR SIMPLE MAJORITY, HE CAN OVER THRO THE PN GOVERMENT AT ANY TIME.
ReplyDelete