Saturday, May 23, 2020

Mengapa Shafie Apdal berulangkali cuba membelakangi kuasa DYMM Agong?

  Malaysian Mirror       Saturday, May 23, 2020


Apabila usul undi tidak percaya yang dikemukakan oleh Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dua minggu lalu, beliau menjangkakan satu permulaan kepada kehancuran kerajaan Perikatan Nasional (PN). Dato’ Seri Shafie Apdal yang merupakan penyokong setia Tun Mahathir, juga mengemukakan usul yang sama namun ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan dengan alasan usul tersebut mempersoal kuasa DYMM Agong yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, lantas itu Shafie Apdal segera memohon maaf kepada DYMM Agong. Walaubagaimanapun pada Sabtu lepas, Shafie Apdal sekali lagi berada di dalam perhatian yang Tuanku apabila beliau mendedahkan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau telah mendapat titah daripada DYMM Agong untuk mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9. Walaubagaimanapun, pembohongan Shafie Apdal itu telah terbongkar. Persoalannya, mengapa beliau berkeras mahukan Tun Mahathir jadi Perdana Menteri sekali lagi walaupun beliau merupakan kawan rapat Muhyiddin Yassin?

Titah DYMM Agong kepada ahli-ahli Dewan pada 18 Mei sangatlah jelas. Baginda mengingatkan semua Ahli Dewan agar tidak mengamalkan rasuah, mengelakkan huru-hara dan kata-mengata sesama sendiri, tidak memalukan  negara di persada antarabangsa seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir, dan jadi lebih matang di dalam politik untuk kesejahteraan rakyat dan memenangi kepercayaan mereka. Secara tidak langsung, itu merupakan beberapa ‘amaran serius’ yang diberikan oleh DYMM Agong kepada Tun Mahathir yang cuba mempermainkan “Kerajaan Beta” pada hari tersebut.  Sepatutnya kematangan berpolitik ditunjukkan oleh ahli-ahli politik yang telah lama dan berpengalaman, namun sebaliknya, kita terpaksa berhadapan dengan seorang ahli politik tertua yang kurang matang, penuh dengan segala muslihat jahat, dendam kesumat dan pengkhianatan.

Shafie Apdal bercita-cita tinggi dan berkemungkinan mahukan jawatan timbalan perdana menteri di sisi Tun Mahathir, dengan harapan beliau akan dilantik sebagai perdana menteri selepas Tun Mahathir.  Dari cara Shafie Apdal beriya-iya menyokong Tun Mahathir menjadi perdana menteri, sudah pastinya di sebalik itu ada ‘perjanjian besar’ yang telah dibuat antara mereka berdua. Mungkin untuk menjadi timbalan perdana menteri atau perdana menteri itu sukar buat Shafie Apdal, beliau percaya bahawa Tun Mahathir akan sentiasa menyokong kepada beliau dengan apa cara sekalipun sekiranya Tun Mahathir memegang tampuk kuasa sekali lagi.  Sedar atau tidak, banyak video Tun Mahathir memuji-muji Shafie Apdal melalui akaun media sosial beliau yang membuktikan betapa rapatnya mereka berdua.  Sebenarnya, sumpah taat setia Warisan lebih berat kepada Tun Mahathir dari Pakatan Harapan (PH). Sebab itulah Tun Mahathir berasa selesa dengan DAP dan Amanah di dalam PH demi rancangan beliau untuk menyingkirkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan PKR. Walaubagaimanapun, cubaan mereka untuk menentang kuasa dan keputusan DYMM Agong dalam pemilihan calon perdana menteri telah memakan diri.


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mengapa Shafie Apdal berulangkali cuba membelakangi kuasa DYMM Agong?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment