Monday, May 18, 2020

Mengapa Tun Mahathir harus sakit hati dengan “penyakit UMNO” Muhyiddin sedangkan penyakit itu berpunca daripada beliau sendiri?

  Malaysian Mirror       Monday, May 18, 2020


Baru- baru ini, beberapa pemimpin UMNO mendakwa bahawa calon perdana Menteri seterusnya mestilah datang dari parti Melayu itu. Tidaklah dapat dinafikan bahawa kesemua perdana menteri dan timbalannya adalah hasil ‘didikan’ dan ‘asuhan’ parti itu sejak merdeka lagi. Maka tiada yang pelik di situ. Malahan, Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ke-7 juga merupakan anak didik UMNO, meskipun telah meninggalkan parti tersebut untuk menubuhkan Bersatu. Dalam darah beliau masih ada DNA UMNO yang masih bernyawa kerana beliau masih menyebut-nyebut kenangan indah beliau bersama UMNO walaupun beliau sering mendakwa bahawa beliau bencikan parti itu. Jadi, mengapa pula beliau mempersoalkan perlakuan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mejurus kepada UMNO, sedangkan beliau juga berasal dari UMNO?

Sebenarnya, Tun Mahathir kecewa dengan kedegilan dan perbuatan yang tidak diduda Muhyiddin Yassin yang bertentangan dengan kehendak beliau. Beliau fikir beliau boleh menumpaskan Perdana Menteri yang kelihatan lemah itu dengan usul tidak percaya beliau Isnin ini, tetapi beliau dihalang oleh Muhyiddin Yassin dengan hanya sekeping notis kepada Parlimen yang hanya membenarkan ucapan DYMM Agong untuk diperdengarkan semasa sesi tersebut. Tun Mahathir ingat yang Muhyiddin Yassin sudah digoyah dengan dakwaan beliau bahawa pada asalnya Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan sebuah kerajaan dan beliau sudah memiliki 114 tandatangan deklarasi.

Hari berganti hari, lebih ramai pemimpin politik dan parti menyatakan kesetiaan dan sokongan kepada PN, dan ini memamah Tun Mahathir sedikit demi sedikit. Walaupun beliau menganggap bahawa gambaran kepada rakyat, terutama orang Melayu, tentang diri beliau seperti yang beliau mahu akan berjaya, namun terjadi sebaliknya kerana beliau kembali mengecam mereka secara melampau dan bukan mengangkat martabat mereka. Malahan, beliau telah menjulang DAP untuk menyebelahi beliau dan menyalahkan orang Melayu kerana mempercayai UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Serangan balas Muhyiddin Yassin yang seterusnya ke atas beliau adalah lebih berbisa apabila Mukhriz Mahathir disingkir dari pentadbiran negeri Kedah, dengan bantuan penyokong-penyokong Dato’ Seri Azmin Ali iaitu dua ADUN PKR yang meninggalkan parti untuk menyokong PN. Mimpi ngeri Tun Mahathir semakin menjadi nyata apabila anak didik beliau, Azmin Ali, turut merancang untuk merampas jawatan perdana menteri untuk dirinya sendiri tanpa bantuan Tun Mahathir. Sudahkah Tun Mahathir lupa bahawa beliau punya ramai musuh dari semua arah? Tidakkah beliau sedar yang masa beliau untuk bersara sudah tiba? Menyalahkan pihak lain kerana memiliki “penyakit UMNO” hanya akan membuat beliau lebih dibenci. Ramai di antara ahli politik, sama ada rakan atau musuh, sudah muak dengan permainan dan drama beliau. Rakyat Malaysia juga harus berhati-hati dengan tingkahlaku lelaki ini.


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mengapa Tun Mahathir harus sakit hati dengan “penyakit UMNO” Muhyiddin sedangkan penyakit itu berpunca daripada beliau sendiri?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment