Sunday, May 31, 2020

Mengapakah Mahathir hidup-hidup tidak mahu Anwar jadi Perdana Menteri?

  Malaysian Mirror       Sunday, May 31, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Walaupun Tun Mahathir telah melepaskan segala tanggungjawab kepimpinan pada Februari lalu, meskipun telah diminta untuk mempertimbangkannya semula, kini beliau dilihat mahukan jawatan itu kembali. Apalah yang cuba beliau buktikan? Bukankah beliau hidup-hidup tidak mahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-9? Bukankah sepatutnya beliau hanya mengaku kalah? Mengapa beliau mahu menentang Anwar Ibrahim hingga ke liang lahad? Keputusan beliau untuk bertahan dengan jawatan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dari diserahkan kepada Anwar Ibrahim menggambarkan satu masa hadapan yang gelap buat senario politik di Malaysia sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke-7 lagi dengan menunggang PH milik Anwar Ibrahim.

Mendapatkan semula mandat rakyat mungkin dilihat dangkal dan tipis. Seperti yang telah didedahkan, Tun Mahathir tidak suka pada presiden PKR itu dan semua maklum bahawa beliau tidak akan dapat bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sehinggalah beliau mati. Hanya Tuhan sahaja yang tahu mengapa beliau benci sangat pada Anwar Ibrahim. Jadi, bagaimanalah beliau hendak terus berpura-pura menyukai Anwar Ibrahim?

Kesilapan Tun Mahathir membawa Bersatu keluar dari PH seperti yang telah dirakam semasa mesyuarat majlis tertinggi pada 23 Februari lalu sukar untuk dilupakan. Beliau dan empat orang pengikutnya kini cuba bertahan dalam Bersatu sehingga pemilihan parti dan ambilalih parti tersebut daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin melainkan presiden parti itu mengorak langkah terlebih dahulu dengan menyingkirkan meraka…yang sepatutnya dilakukan hari ini.

Amat jelas bahawa Muhyiddin Yassin akan singkir mereka, dan Tun Mahathir dan empat pengikutnya akan masuk Amanah untuk mendapatkan laluan masuk semula ke dalam PH supaya Tun Mahathir dapat mengalahkan Anwar Ibrahim untuk jawatan Ketua Pembangkang, kerana hanya Ketua Pembangkang sahaja yang layak dilantik menjadi perdana menteri apabila kerajaan Muhyiddin Yassin tumpas disebabkan oleh masalah kesihatan beliau. Bukankah patut ahli-ahli PH berjaga-jaga dengan Tun Mahathir yang pernah menikam mereka dari belakang dengan meninggalkan gabungan itu dan menyebabkan PH kerugian besar dan diaibkan? Dengan kejatuhan kerajaan PH yang berumur 22 bulan itu, berapa lama lagikah PH boleh meletakkan kepercayaan mereka ke atas Tun Mahathir? Insan ini telahpun menunggang PH untuk kepentingan diri sendiri sejak mula lagi dengan bantuan si pelat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hakikatnya, PH seringkali diburuk-burukkan kerana Tun Mahathir. PH sering dipersalahkan kerana ketamakan dan kesilapan beliau. Rakyat Malaysia telahpun memberi mandat kepada PH untuk membebaskan negara daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang korup dan dengan harapan yang tinggi mereka mahu beban mereka diringankan. Tapi sayangnya, Tun Mahathir menyerahkan negara bulat-bulat kepada UMNO yang korup!

Berapa lamakah lagi Tun Mahathir boleh mempermainkan PH? Adakah setelah anak didik beliau iaitu Dato’ Seri Azmin Ali membelakangi beliau, kini beliau tidak tahu ke mana hendak mengadu, sehinggakan sanggup melepaskan hasil titik peluk beliau sendiri, iaitu Bersatu, kepada Muhyiddin Yassin? Dan demi mendapatkan semula kepercayaan rakyat kepada PH, bukankah patut para pemimpin PH belajar dari kesilapan lampau mereka dari memilih Tun Mahathir semula? Jika tidak, ini umpama membunuh diri. Demi rakyat dan negara, PH dan khususnya DAP, mesti berhenti bergantung harap pada orang tua ini agar dapat kembali berkuasa. 


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mengapakah Mahathir hidup-hidup tidak mahu Anwar jadi Perdana Menteri?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment