Tuesday, May 19, 2020

Najib tuntut jawatan pengerusi 1MDB daripada Muhyiddin selepas sidang Parlimen pada 18 Mei

  Malaysian Mirror       Tuesday, May 19, 2020


Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya memendekkan masa sidang Parlimen pada 18 Mei dan menghalang usul tidak percaya Tun Mahathir terhadap beliau dari diperdengarkan, beliau sebenarnya dalam cengkaman Dato’ Seri Najib Razak. Seperti yang didedahkan oleh Dato’ Seri Mukhriz Mahathir semalam, dalang di belakang Muhyiddin Yassin adalah Najib Razak.

Sebenarnya, Najib Razak semakin menyesakkan Muhyiddin Yassin dalam cengkaman beliau setelah Perdana Menteri itu membuat keputusan untuk mendapatkan sokongan UMNO. Muhyiddin Yassin jelasnya sudah masuk ke dalam perangkap Najib Razak akibat menganggap UMNO berada dalam kawalan penuh Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi . Beliau tidak tahu bahawa pengaruh Najib Razak lebih kuat berbanding Zahid Hamidi, sepertimana yang dirancangkan oleh Najib Razak di kediaman Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman 10 hari lalu untuk menyakinkan majoriti pemimpin bahagian UMNO untuk menggantikan presiden parti itu dengan Dato’ Seri Muhamad Hasan.

Plot ini semakin menarik pada minggu lepas dengan pelepasan tanpa pembebasan anak tiri Najib Razak iaitu Riza Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang berbillion ringgit. Oleh kerana keberanian beliau mencuba nasib sebagai perdana menteri dan tidak mahu malu pada rakyat, Muhyiddin Yassin menyerahkan hampir kesemua jawatan pengerusi GLC kepada ahli Parlimen. Dek kerana mahu memperlihatkan kerusi-kerusi belah beliau penuh di Parlimen pada Isnin itu untuk menggerunkan pembangkang, terutama Tun Mahathir yang pastinya menyapu sakit di dada apabila melihatnya. Namun, itu bukanlah usaha yang terakhir buat Muhyiddin Yassin kerana kini beliau sedang tersepit untuk melantik Najib Razak sebagai pengerusi 1MDB demi meneruskan urusan beliau yang tidak selesai di situ. Ternyata Muhyiddin Yassin terpaksa menurut kata Najib Razak yang mempunyai 16 ahli Parlimen dalam kawalannya dan mengugut untuk meninggalkan sidang Parlimen sebaik sahaja selesai titah DYMM Agong pada 18 May.

Hakikatnya, perjanjian Muhyiddin Yassin dengan kleptokrat “Wang adalah Raja” Najib Razak ini akan membuka laluan kepada perdana menteri ke-6 itu untuk merompak lebih banyak wang untuk poket beliau sendiri dan membuat Datin Seri Rosmah Mansor kembali gembira setelah dua tahun diaibkan. Najib Razak juga akan memastikan kesemua kes beliau dibatalkan sepertimana Tan Sri Gopal Sri Ram telah lakukan ke atas kes-kes Riza Aziz. Mengapa Muhyiddin Yassin sanggup berbuat begini sedangkan beliau tahu yang rakyat sangat bencikan Najib Razak dan keluarganya? Adakah Muhyiddin Yassin sudah hilang akal? Pada asasnya, desakan untuk kekal menjadi Perdana Menteri beliau tidak boleh diambil mudah. Jika beliau benar-benar prihatin dengan rakyat dan keperluan mereka, beliau sepatutnya tidak bekerjasama dengan Najib Razak dan meletak jawatan.

Walaupun Muhyiddin Yassin kelihatan lemah lembut pada mata semua, beliau sebenarnya garang dan suka memerintah demi mencari jalan untuk mendapatkan apa yang beliau impikan, terutama tidak membenarkan Tun Mahathir kembali semula menjadi perdana menteri. Demi memperkukuhkan saingan beliau terhadap Tun Mahathir, satu demi satu desakan dalam diri beliau pastinya pelbagai “pertukaran barter” mesti dibuat oleh ahli-ahli politik ini. Rakyat pasti menyangka bahawa sidang Parlimen pada 18 Mei hanya melibatkan titah DYMM Agong sahaja, tetapi sebenarnya ia memperlihatkan rancangan jahat Muhyiddin Yassin. Justeru, patutkah rakyat Malaysia hanya berdiam diri dan membenarkan lebih banyak kerosakan berlaku kepada negara?


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Najib tuntut jawatan pengerusi 1MDB daripada Muhyiddin selepas sidang Parlimen pada 18 Mei

Previous
« Prev Post

1 comment: