Friday, May 22, 2020

Selepas mengecewakan negara, mana mungkin DYMM Agong sanggup melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9 walaupun beliau mempunyai sokongan yang cukup seperti yang didakwa oleh Shafie Apdal?

  Malaysian Mirror       Friday, May 22, 2020


Lalakan tanpa henti Tun Mahathir terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) menjadi semakin bingit sejak notis mengenai aturcara sidang Parliament dikeluarkan tempohari. Pada mulanya, beliau fikir beliau sudah boleh berasa lega apabila surat beliau tentang usul tidak percaya terhadap perdana menteri telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, namun semuanya terjadi sebaliknya. Beliau fikir beliau boleh membuat ahli dewan menyokong beliau apabila beliau diberi peluang untuk membuka aib Muhyiddin Yassin, namun itu tidak berlaku.

Semasa sidang Parlimen pada 18 Mei, Tun Mahathir telah lebih dimalukan secara terbuka apabila beliau diingatkan oleh DYMM Agong akan kecuaian beliau semasa melepaskan jawatan perdana Menteri walaupun telah dipujuk oleh Tuanku untuk mempertimbangkannya semula. Dalam titahnya, DYMM Agong memaklumkan kepada kesemua ahli dewan bahawa Tuanku terpaksa membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara dengan segera secara demokrasi berlandaskan Perlembagaan melalui satu proses yang melibatkan pertemuan peribadi dengan kesemua ahli Parlimen seterusnya bertanyakan siapa calon perdana menteri pilihan mereka, sehinggalah Muhyiddin Yassin dipilih. Peristiwa bersejarah ini membuktikan kasih sayang dan rasa tanggungjawab Tuanku kepada rakyat, tidak seperti yang telah ditunjukkan oleh Tun Mahathir yang mengecewakan rakyat. Secara logiknya, siapa lagi yang boleh Tuanku percaya selain daripada ahli Parlimen dalam memilih calon perdana menteri yang terbaik? Dan takkanlah Tuanku hendak percaya dan melantik semula Tun Mahathir setelah peletakan jawatan beliau yang memalukan itu? Sejak awal lagi, Tun Mahathir tidak seharusnya melakukan kesilapan dengan memberi alasan bahawa Bersatu tidak lagi menyokong beliau sedangkan beliau telah mendapat sokongan ahli Parlimen yang kukuh sebagai perdana menteri ketika itu. Tidak cukup jelaskah bagi Tun Mahathir bahawa beliau telah menghampakan rakyat dan meluruhkan kepercayaan DYMM Agong sekali lagi? Ingat lagi pada beberapa peletakan jawatan beliau sebelum ini? Tidakkah beliau telah mengecewakan banyak pihak di masa lampau? Dan mengapa pula kini beliau meroyan hampir setiap hari dalam kenyataan-kenyataan beliau terhadap Muhyiddin Yassin dan kemnya, serta PN?

Jelaslah kini bahawa amarah di lewat usia Tun Mahathir sedang membakar diri beliau seperti yang ditunjukkan dalam satu sidang akhbar yang diadakan selepas sidang Parlimen pada Isnin lalu. Beliau telah beberapa kali tersilap cakap, yang mana ini menunjukkan bahawa beliau tidak berfikiran waras. Jika beliau sudah tahu yang beliau berada di pihak yang benar, mengapa letak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari lalu? Jika beliau jujur dalam kata-katanya dan ikhlas pada rakyat, mengapa tidak sahaja lepaskan jawatan itu kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Jika beliau sudah tahu yang Muhyiddin Yassin telah membelakangi keputusan beliau dalam mesyuarat Bersatu lalu, mengapa tidak saja beliau mengaku kelemahan beliau ketika itu dan beralih kepada usaha mendapatkan semula kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dengan memperakui Anwar Ibrahim sebagai pengganti beliau yang berhak? Segala masalah yang timbul pada hari ini sememangnya berpunca daripada rasa gila kuasa beliau.

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Selepas mengecewakan negara, mana mungkin DYMM Agong sanggup melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9 walaupun beliau mempunyai sokongan yang cukup seperti yang didakwa oleh Shafie Apdal?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment