Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tentunya sedang terdesak untuk meneruskan nyawa politik beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu-satunya penyelamat beliau. Zahid Hamidi sedar bahawa beliau akan digantikan oleh Dato’ Seri Mohamad Hasan seperti yang dicaturkan oleh Dato’ Seri Najib Razak dan konco-konconya.
Zahid Hamidi tidak boleh meminta bantuan Tun Mahathir kerana Tun Mahathir bencikan UMNO. Presiden UMNO ini mungkin boleh mengadu nasib pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi beliau sudah nampak peluang yang lebih cerah dengan Muhyiddin Yassin yang juga sedang terdesak untuk mendapatkan sokongan untuk terus menjadi Perdana Menteri sebelum sidang Parlimen pada 18 Mei. Hasilnya, presiden Bersatu itu telah melobi lebih ramai pemimpin UMNO untuk meraih sokongan dengan menghujani mereka dengan tawaran jawatan utama GLC. Tindakan yang memalukan ini memperlihatkan sikap tidak matang dan tidak cerdik Muhyiddin Yassin di mata rakyat.
Siapa lagi yang terdesak untuk dapatkan kuasa dan kedudukan? Tun Mahathir turut dilihat berada dalam kolong yang sama. Rasa terdesak beliau untuk kekalkan pengaruh dan kuasa telah membuat beliau sanggup untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk mencabar Perikatan Nasional (PN). Apa muslihat beliau kali ini? Adakah beliau akan hanya pergunakan Anwar Ibrahim sekali lagi untuk kembali menjadi perdana menteri? Adakah beliau akan timbulkan suasana kacau-bilau semula? Adakah ahli-ahli politik ini berbuat semua ini demi kepentingan rakyat atau diri sendiri? Jika mereka sanggup untuk menutup mata dan menahan geram semasa bekerjasama dengan “musuh azali” mereka, bukankah mereka bersekongkol dengan syaitan? Bukankah rakyat dan negara akan menjadi mangsa dan rugi?
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment