Dato’ Seri Najib Razak pastinya pada ketika ini bukan hanya duduk di rumah sambil menjamah makanan ringan dan membelai kucing seperti yang beliau kongsikan dalam akaun media sosial beliau ketika pemimpin-pemimpin politik lain bertegang urat berebut jawatan kepimpinan. Beliau mungkin juga dilihat sering memberi respon kepada pelbagai isu yang sedang timbul dalam negara serta perihal politiknya, mempersendakan dan menjadikan ia bahan jenaka, namun sebenarnya beliaulah yang bertanggungjawab mengawal Tan Sri Muhyiddin Yassin sesuka hati beliau. Dengan masalah kesihatan yang berlarutan, Muhyiddin Yassin terpaksa kelihatan kuat dan berkemampuan di mata media dan rakyat, namun berapa lamakah beliau sanggup dimanipulasi oleh Najib Razak si kleptokrat itu?
Najib Razak kini berasa lega kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin Yassin akur dengan arahan beliau, terutama dalam hal pemberian jawatan penting dalam kabinet atau GLC kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Turut menerima tempias adalah PAS, iaitu sekutu Muafakat Nasional (MN) UMNO, yang juga diberikan banyak keistimewaan dan jawatan khusus sepertimana yang UMNO peroleh. Ini semua mungkin merupakan sebahagian dari ‘perjanjian’ yang disebutkan oleh Muhyiddin Yassin dalam rakaman audio yang telah dibuat semasa mesyuarat Bersatu sebelum pembentukan kerajaan baharu PN dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-8.
Sedang beliau menghadapi beberapa kes mahkamah membabitkan 1MDB, Najib Razak kini kelihatan semakin gembira kerana beliau dijangkakan akan bebas dari kesemua pertuduhan itu dan terus berusaha untuk memegang jawatan tertinggi semula. Pelbagai layanan istimewa dilihat telah diberi kepada beliau kerana seringkali sesi perbicaraan beliau ditangguh kerana PKP, sedangkan sesi-sesi lain yang melibatkan orang awam masih tetap diteruskan. Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor juga pastinya merupakan seorang perancang yang paling gembira apabila kerajaan PN kini sanggup mengikut telunjuk beliau. Yang lebih menyakitkan hati adalah isu pembebasan anak lelaki beliau iaitu Riza Aziz yang masih menjadi perbualan hangat. Ini ditambah lagi dengan khabar bahawa anak lelaki Najib Razak, Mohd Nizar, turut bakal bertanding dalam pilihanraya kecil Chini, yang mana semua ini membuktikan bahawa tangan-tangan ghaib Najib Razak sedang ligat bekerja. Ini juga membuktikan bahawa empayar Najib-Rosmah bakal kembali ‘menjajah’ negara bila rakyat Malaysia semakin lupa pada perlakuan mereka yang di luar kawalan dan tamak yang telah mengakibatkan negara kerugian besar dan menanggung malu. Isunya di sini, mengapa Muhyiddin Yassin sanggup bekerjasama dengan insan yang pernah memusnahkan hidup beliau dahulu? Meskipun beliau seorang yang pemaaf, bolehkah beliau melupakan ‘kezaliman’ itu? Macam manalah beliau boleh sahaja turut kata si kleptokrat ini dan keluarganya walaupun rakyat Malaysia sangat bencikan mereka? Mengapa beliau benarkan Najib Razak ‘mengikat’ leher beliau dengan sesuka hati? Sedang negara menghadapi isu pandemik Covid-19 dan ekonomi, adakah Muhyiddin Yassin bersedia untuk menghadapi tentangan rakyat terhadap usaha menaikkan semula pentadbiran Najib Razak?
An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.

No comments:
Post a Comment